BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 17, 2012

Impian Menjadi Kenyataan

hye korang. lama gila dah saya tak update entri blog kesayangan saya nie. dah berlapuk dah. bukan tak nak up date. tapi tak ada masa. busy sangat dengan kerja. tapi still tak terlambat lagi kan kalau nak wish "HAPPY NEW YEAR 2012." even saya tau hari nie dah 17 January 2012. bukan tak nak up date tapi kesuntukan masa yang menjadi penghalang untuk saya share dengan korang pasal diri saya, pengalaman saya, then sampai tak sempat nak wish happy new year kat korang semua. mintak ampun maaf la ye even raya belum datang lagi.
ok. dah tak nak bebel panjang-panjang. just proceed pada apa yang saya nak share nie ok.

kalau korang baca entri saya yang dah berkurun zaman tu, saya ada mention yang saya dapat kerja kat McDonald's kan. so, saya nak share dengan korang pengalaman saya berkerja. dalam tempoh yang saya rasa singkat sebab pejam celik dah 3 bulan saya keje. banyak benda yang saya belajar and lalui even yang manis or yang pahit. biasa lah. mana-mana tempat kerja pun mesti ada kenangan manis and pahit also problem yang sememangnya ada.

bila saya start keje kat McD nie, baru saya tau betapa susah nye untuk jadi seorang pengurus yang bijak, baik, ceria, bertanggungjawab dan jugak understanding. bukannye apa, bila dah ada tanggungjawab macam-macam yang saya kene fikirkan. even saya still fresh lagi tapi rasa tanggungjawab tu tetap ada dalam diri. thanx God sebab banyak kenangan manis yang saya lalui sepanjang berkerja kat sini yang mana saya sangat beruntung sebab dapat anak buah yang sememangnya baik, understanding dan jugak selalu ceria. even saya baru dalam bidang nie, diaorang tak pernah lokek ilmu nak ajar saya walaupun jawatan kami berbeza. saya boleh terima setiap teguran diaorang sebab saya nak yang terbaik unuk diri saya dan jugak unuk semua anak buah saya.

saya jugak beruntung sebab dapat bos yang memang sporting dan jugak sangat bertanggungjawab. sejujurnya saya happy sangat-sangat bila kerja kat sini. kalau boleh tak nak transfer mana-mana store. just nak stay store Larkin je.  setakat nie je lah. nanti kalau ada masa lagi saya share dengan korang ok. =)