BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 31, 2011

Zaman Muda Mudi

salam 1 Malaysia. tengah godeh-godeh FB, dapat gambar yang telah ditagged untuk saya. bila tengok gambar tu rasa nak tergelak pun ada even memang dah berdekak awal-awal. bila saya dapat tengok gambar tu, rasa rindu sangat-sangat. teringin nak kembali pada zaman tu. tapi saya tau semua tu tak mungkin. korang nak tau tak pasal apa. mestilah korang nak tau kan. kalau tak kan lah korang baca entri nie. ye tak. =)
so, hope korang enjoy lah dengan entri saya kali nie.

hati berlonjak-lonjak nak pakai baju sekolah balik. nak nyanyi lagu sekolah bila ada perhimpunan setiap pagi Isnin. kena beratur siap angkat tangan. luruskan barisan. comel sangat-sangat time nie. saya ingat lagi waktu tu saya darjah 5. dapat cikgu matematik yang memang garang gila tahap sampai tak tau nak cakap lah. setiap hari dia mesti bagi latihan suruh buat kat rumah. kalau setakat 10 soalan tak pe lah. nie sampai 100 soalan. memang naya la nak siap kan. lepas tu semua soalan mesti betul jawapan nye. kalau salah 1 kena sekali rotan. cuba kalau korang bayangkan kalau semua soalan salah. tak hancur tangan korang kena sebat. ingat lagi, bila masa nak check buku latihan semua mesti berbaris. dia check buku setiap sorang. oh, lupa pulak nama cikgu saya nie Cikgu Zulkifli Long. memang garang gila. ok sambung cerita tadi. lepas tu, cikgu saya nie siap bagi pilihan lagi. nak rotan besar, sederhana atau halus. kalau ingat balik memang ngeri sebab saya pernah kena rotan dengan dia.


zaman sekolah rendah nie lah zaman saya baru nak kenal cinta monyet. seingat saya masa sekolah dulu saya ada 3 orang boyfriend. cinta monyet lah kata kan. tapi sekarang diaorang dah ada life diaorang sendiri. kalau cerita balik pasal nie mesti kitaorang malu gila beb. 


dulu masa sekolah rendah saya rapat dengan 2 orang sahabat saya. kemana saja kitaorang pergi mesti bertiga. korang nak tau sapa diaorang. meh saya tunjukkan.

yang nie nama nya Shafiq. dia kawan saya yang pertama sekali saya kenal masa saya baru-baru masuk sekolah. then kitaorang terus berkawan sampai lah darjah 6.

yang nie pulak nama nya Shilla. saya memang sayang dia gila. dia memang yang gila-gila & tak pernah pandang rendah pada saya even dia ada kelebihan. tu yang buat saya sayang sangat-sangat kat dia.

ok lah. cukup kot entri saya hari nie. meh saya nak share gambar yang nak buat saya gelak bila tengok. gambar masa saya darjah 6. korang pun saya benarkan untuk gelak bersama. enjoy. =)

kalau korang bijak cuba lah cari mana saya. selamat mencuba. =)

Hanya Mampu Tersenyum =)


salam readers. entri kali nie saya tak nak tuju kat sesapa. tapi kalau ada yang terasa lantak korang lah. =)
berkaitan dengan lalang. macam pernah dengar je ayat tu tapi kat mana ek? oh dah ingat. tu kan musuh awak bagi kat saya masa kita masih berkawan dulu. so, awak pun tiru jugak ke apa yang dia cakap. awak memang suka tiru orang ek? tak pe lah saya tahu awak memang tak ada identiti diri sendiri. suka hati saya lah nak jadi lalang ke apa ke. apa hak awak nak cakap saya macam tu? awak nak jugak ke jadi lalang? meh saya tolong ajar. ye lah saya nie kan LALANG. tapi bagi saya, saya berkawan dengan orang yang saya rasa sudi untuk berkawan dengan saya. awak cemburu ke bila saya dah bertegur dengan musuh awak? awak nak berkawan balik dengan mereka ke? saya boleh je sampai kan hasrat hati awak tu.

 

jilat ludah balik? awak jijik ke? mesti awak pernah jilat ludah awak sendiri kan. bagi saya selagi orang tu nak berbaik dengan saya selagi tu lah tak jadi masalah pada saya. sebab saya tau diaorang tu lagi bagus kot dari awak. tak salah pun kalau saya nak berbaik dengan diaorang. bukan macam awak busuk hati. mungkin sebab tu lah semua kawan-kawan yang pernah berkawan dengan awak mesti lari sebab tak tahan dengan perangai awak yang busuk hati tu. tak boleh tengok orang lebih sikit dari awak. ada je hasad dengki yang awk nak buat. 

setakat nie saya masih mampu tersenyum lepas apa yang awak buat kat saya. selagi saya boleh tersenyum, saya akan tetap tersenyum untuk awk. tapi kalau dah sampai tahap yang saya sendiri tak boleh nak tahan awak fikir lah sendiri apa tindakan saya. nak jadi LALANG or JILAT LUDAH BALIK tu semua hak saya dan awak tak ada hak nak cakap saya macam tu. ok lah dah tak da lagi kot pasal nie. sekali lagi saya cakap, saya hanya mampu tersenyum je dengan apa yang awak buat. bye =)

Sunday, March 27, 2011

Good Bye Melodi


hari nie kan hari ahad. rancangan kegemaran saya akan berlangsung seperti biasa. rancangan apa lagi kalau bukan pasal gossip artis. mesti lah rancangan melodi. saya memang minat dengan rancangan nie sebab boleh tau perkembangan artis-artis pujaan. tengah dok syok tengok melodi sambil melantak nasi lauk ikan keli bakar & rebung lemak dyeorang buat pengumuman penting. yang mana hari nie merupakan hari terakhir Wahid & Fafau jadi pengacara melodi.

oh sedih la siot. saya suka bila dyeorang jadi pengacara sebab dyeorang tak banyak merapu. even kadang-kadang tu lari dari topik perbualan tapi dyeorang still the best. tugas mengacara untuk rancangan melodi diganti oleh Dira & Zizan. hope you guys boleh handle rancangan kegemaran saya nie dengan baik ok. but i will miss both of them. 




psst, saya pernah jumpa abg wahid makan kat nasi kandar ipoh. dye memang sporting & tak sombong. tapi saya malu nak tegur. =)


Saturday, March 26, 2011

I Need My Power Back =(

sekarang hati banyak sedih woo... =(
tadi habis meeting kat rumah atin. saya bersama rakan sebelah rumah serta buah hatinya terus bergerak ke manjung. kitaorang dah plan dari petang nak pegi melantak Mcd. saya dah lama keluar hula-hula dengan mereka. so, sekarang nie nak spent time la sama-sama macam dulu lagi.

masa tengah meeting tu saya dok sibuk la main msg dengan dia. then dia cakap nak pegi karoke sekali tak. of coz la saya nak. perkara wajib kami dari dulu. =)
dalam perjalanan kami nak kesana, banyak yang kami bualkan. ye la. dah lama tak borak dengan dia. macam cerita yang kitaorg share. ok stop. nanti terkeluar pulak apa yang kitaorg borak. secret ok. =)
sampai je kat manjung kitaorang plan nak karoke dulu, tapi pusat karoke semua dah tutup. then kitaorang decide terus makan Mcd. lepas habis makan tu rakan saya cakap awal lagi nie. mana nak pegi? then dia cakap nak karoke la. lama tak karoke. saya pun apa lagi melonjak setuju la. tapi kali nie kitaorang pegi karoke jamban. bukan jamban yang tempat kita buang hadas besar tu ok.

saya tak tau lah kenapa saya dah tak boleh nak menyanyi dengan kelantangan suara yang tinggi. bila try nak lantangkan suara rasa macam anak tekak nie nak pecah. sampai saya terfikir sama ada tekak saya nie bermasalah ke? sampai sekarang tekak saya masih sakit. bukan lah nak cakap suara saya nie sedap. tapi kalau setakat lagu "Siti Nurhaliza" dengan "Azie" tu kacang je. saya boleh nyanyi. tapi sekarang tak boleh. so saya jadi sangat sedih sampai nak nyanyi pun dah tak de mood. i need my power back....! ok lah. sekarang pun dah pukul 3.30 pagi. saya nak sambung tido.
bye. =)

Friday, March 25, 2011

Clear The Negative Things


hye readers. lama dah tak update belog kesayangan saya nie. dah berhabuk macam rak barang-barang saya kat sebelah tilam nie. busy sangat kehidupan seharian saya. ye lah hidup sebagai student kan. macam nie lah. hati dah lega lepas submit assignment SPO tadi. so, sekarang nie masa untuk menenangkan otak & fikiran. lepas hantar SPO tadi saya lepak kat cafe yang indah & permai. dah tentulah cafe kolej kan. lepak sambil makan + gossip. then terus balik rumah. sampai rumah borak-borak dengan teman sepertiduran saya effah then kami sama-sama melayarkan bahtera mimpi ok. bukan bahtera impian. 

tak lama pun saya tidur sebab saya terngiang-ngiang suara teman sebelah rumah. sapa lagi mestilah kakak yang comel dari sabah. dia selalu menggelarkan dirinye "eza chumel". =)
saya ingat kan mimpi rupanya betul. dia bagitahu yang meeting untuk SPO dibatalkan. tunda waktu malam pulak. saya nie bila dah bangun memang susah nak tido balik. so, masa tak boleh tido tu baring terlentang lah mengadap TV. tak senonoh kan anak dara nie. anak sapa la nie. kalau mak mertua nampak confirm kena reject awal-awal. =)

bila dah bosan tengok TV then teman nak menyembang, sambil online saya merenung ke siling bilik sambil memikirkan apa yang patut saya buat. ok. dapat.!
saya nak buang semua perkara-perkara negative yang tengah asyik berlegar-legar dalam kepala otak. sikit-demi sikit saya buang. dah tak nak ingat apa-apa yang boleh menyakitkan hati. enjoy my self. ikut flow dah siap dirancang. kalau makin difikir benda-benda yang negative macam nie boleh rosak otak saya. otak saya nie nak pakai lama ok. bukan nye boleh tukar-tukar macam tukar baju. betul kan.. =)
saya rasa cukup kot entri saya kali nie. sebab saya tak tau apa yang saya dah merapu. nanti makin panjang entri saya makin poning pulak ekau nak baca entri den. aikk, boleh pulak den cakap nogori. 
bye. =)

Thursday, March 17, 2011

Berjimba dengan Buah Hati

hye korang. entri kali nie khas untuk jejaka yang bertahta dalam hati saya. chewah.. =)
entri kali nie saya nak keluarkan lah koleksi yang saya ada walaupun sikit untuk tatapan korang. bukan nak show off kat korang. tapi nak share perasaan girang gumbira saya nie dengan korang saya. ada antara gambar yang ada dalam koleksi ketika kami ada kat luar JB. =)
saya tak nak membebel panjang lebar. nanti hilang mood korang nak tengok gambar saya & buah hati. dengan senang hati sila lah mencuci mata korang untuk tengok gambar kami. =)

lihatlah betapa sihatnye saya waktu nie. gambar nie waktu kitaorang konvoi dari JB - KL- Genting - Perak - JB. patah pinggang tau naik scrambler. tapi syok giler. =)

sekali lagi. saya tetap masih sihat. =)

opps..! jangan tengok kaki saya. =)

muka selebet saya. jam menunjukkan 3pagi. =(

saya suka pic nie. saya nampak kurus. =)

menghirup udara petang tepi laut. wow romantik nye kami. =)

kami lagi. =)

=)

dia suka menyibok bila saya nak snap picture saya sorang. =(

sementara tunggu Daus snap picture dulu. lokasi "The Zon".

no komen. hahaha. =)

saya rasa cukup lah setakat nie je entri saya. hope korang enjoy ok. =)












Wednesday, March 16, 2011

Lain yang Diidam Lain yang Dapat =)

hye korang..! meh saya nak share cite dengan korang. korang nak dengar tak? dengar la ye.. =) macam nie semalam saya teringin nak makan ABC kt kampung melayu kat area JB nie lah. so, tunggu lah kepulangan buah hati tercinta. then, dalam pukul 12 tengah hari cam tu si dia msg saya. dia cakap pukul 12.30 dia datang amik saya. so, saya apa lagi terus bergegas lah siap. capai tuala belakang pintu, capai pencuci muka dalam beg then terus melompat dalam toilet. actually tak de lah melompat. saja nak buat cerita gempak sikit. kali nie saya bersiap dengan pantas. tak de make up sangat. sebab exited nak makan ABC punye pasal. just pakai eyeliner je. lepas settle semua tepat 12.30 betul-betul si dia datang jemput saya. nasib tak sempat bentang carpet merah. wah demand kau. =)

ok berbalik pada cerita nak makan ABC. si dia amik saya tapi tak cakap apa-apa pun. saya pun dengan exited pun tak cakap apa-apa lah. ingat dia nak terus bawak saya pegi makan ABC. tapi bila sampai kat simpang nak masuk kat tempat ABC tu dia straight je. saya dah rasa nak mengamok je ni. tapi tak pe. saya sabar. sebab takut dia ada tempat lain nak tuju dulu sebelum nak bawak saya makan ABC. bila dia dah tak masuk laluan yang sepatutnya dia lalu, saya dah tahu mana hala tuju dia. "Perumahan Rakyat Seri Iskandar". tepat jangkaan saya. dia bawak saya balik rumah dia. nak buat apa balik rumah dia. saya dah hangin satu badan waktu tu.

sampai je kat destinasi yang saya sebutkan tadi, saya terus turun dari motor tapi tak cakap apa-apa. konon-konon nak merajuklah. tapi hampeh..! dia tak layan saya langsung. mesti dia lupa yang saya nak makan ABC. sedih siot waktu tu. dia dok belek-belek motor kesayangan dia. makin lah saya sakit hati. tak pe. saya masih mampu berdiam diri. lepas dia belek-belek motor kesayangan dia. dia ajak saya makan. wah waktu tu muka saya dah berseri-seri. ingat kan dia nak ajak saya makan ABC. tapi dia ajak makan kat rumah dia. sedih sangat bila hati nie tak di pedulikan. sedih woo. =(

tapi saya ikutkan je lah. makan mee rebus bakal mak mertua saya buat. sedap jugak. tapi memang pada azalinya mak mertua saya pandai masak. terima kasih bakal mak mertua ku. =)
habis je makan saya sampai terlupa yang saya teringin nak makan ABC. si dia siap bawak saya jalan ronda-ronda kat kawasan rumah dia. sampai lah waktu tu dah mendung. guruh berdentam dentum. baru saya teringat yang saya nak makan ABC. saya cakap kat si dia yang saya nak ABC. begini lah serpihan dialog antara dia dan saya :
saya : sayang, awak dah janji nak bawak saya makan ABC. denda sebab awak tinggal kan saya semalam.
si dia : sayang, awak tak tengok ke hari nak hujan. nanti kalau kita pegi sekarang tak pasal-pasal kita basah kuyup tengah jalan.
saya : tapi....
si dia : lagi pun hari nak hujan. awak tak sejuk ke nak makan ABC hujan-hujan? nanti awak batuk. saya jugak yang susah.
saya : saya teringin nak makan ABC kampung melayu.
si dia : nanti kalau hujan dah berhenti kita pegi ok sayang.
saya : janji tau. =)

begitu lah antara dialog saya dan si dia. tengah syok tunggu hujan berhenti, kitaorang lepak dengan member-member kitaorang kat bawah rumah dia. kitaorang gelak-gelak, ngumpat & macam-macam lagi lah. petang tu hujan berhenti. dalam pukul 5 kot hujan baru berhenti. bila hujan berhenti si dia dapat call dari Daus. ok. kitaorang pegi melepak dekat "The Zon". lepak punya lepak sekali lagi saya lupa pasal ABC. dalam pukul 8 macam tu lah si dia ajak saya pegi kedai. ok saya pun ikut lah. dia beli banyak snek. saya pelik. dia cakap lama tak makan. saya pun apa lagi exited la nak makan snek. senang cakap la "jajan". ramai yang gelak bila saya panggil "jajan". bagi saya tu biasa je. sampai kat kedai je saya jadi rambang mata. macam-macam saya nak. sori lah kawan-kawan. secara jujur saya mengatakan saya tidak mempunyai telekomunikasi yang hebat & canggih seperti awak. so saya tak dapat snap picture masa saya makan "jajan" nie sume. nie antara "jajan" yang saya & si dia makan.


actually, kalau "jajan" super ring tu dah selalu sangat makan sebab kalau stress buat assginment saya mesti makan "jajan" nie. tapi disebabkan makan dengan buah hati rasa nye lain sikit lah. =)


yang nie pun saya ada makan gak semalam. tapi tak tau apa nama gula-gula nie. so, saya amik pic yang dah lama ada dalam simpanan saya. pic nie di ambil oleh rakan saya. masa nie kitaorang tak de keje. so nie la keje kitaorang. 

nie lah saya maksudkan. lain yang saya nak lain yang saya dapat. btw thanx ok saynag. next time saya tak kan lupa kalau nak makan ABC. bye. =)

Monday, March 14, 2011

Addicted Dengan My Shop

salam 1 malaysia semua. wah dah macam pengacara dalam TV mesti nak sebut perkataan tu. mari dekat mari dekat. hari nie saya nak share dengan korang pasal hobi terbaru saya. sekarang nie saya tengok syok giler main game dalam fb. mula-mula tu tengok je sebab ada segelintir kawan-kawan fb saya invite main game nie. tapi saya just ignore je. tapi semenjak dua menjak tiga menjak nie saya mula jadi ketagih nak main game nie. satu malam tu sebelum saya berangkat pulang ke JB bosan dok kat rumah sorang-sorang. so, saya pun memberanikan diri nak usha game yang dah di"invite" oleh kawan-kawan fb saya.

mula-mula tu tak paham sangat nak main. saya pun main bedal je lah. sebab tak tau nak main nye macam mana. kalau korang nak tau saya kalau nak main game memang sangat-sangat tak suka nak baca instruction game tue. sebab macam buang masa je. so, saya ambil jalan mudah. main bedal je lah game tu. then, bila kita dah main bedal result yang kita dapat untuk game nie pun macam tu jugak lah. result entah apa-apa entah. tapi, lama-lama saya main game nie.makin best pulak. ye lah. yang best nye sebab kita dapat build kedai yang kita nak. kita boleh decorate sendiri. tu yang best. tapi buat masa sekarang kedai saya tak secantik dengan kedai kawan-kawan fb saya yang turut serta main dalam game ni. diaorang dah lama main. dah jadi otai la. saya baru nak mula. =)

meh saya share dengan korang hasil karya men"decorate" kan kedai saya. kalau tak cantik jangan kutuk. saya budak baru belajar. =)
yang nie kedai kedua saya. kedai kek. =)

yang nie first kedai yang saya buat. kedai roti. =)
yang nie pulak kedai saya yang baru nak dibangunkan. kedai baju. =)

so, pada korang yang bosan-bosan duduk kat rumah tu. jom lah try main game nie. best. serious saya tak tipu. selamat mencuba. bye. =)

Sunday, March 13, 2011

Khas Untuk Awak =)

kepada awak yang sangat saya sayangi & kasihi. saya bukan orang yang bodoh just kurang pandai je dari awak. saya tau awak memang lagi bijak dari saya tapi tak bermakna awak boleh pijak saya. =)
kenapa pasal benda kecik pun awak mesti nak bagitau kat semua orang?? memang tu perangai awak ke? sori lah. saya nie memang langsi. kalau tak suke boleh la tekan je tanda pangkah kat belah atas bahagian kanan laptop awak tu. sekian. =)

kalau nak diikutkan, saya rasa saya lagi banyak kot dengar cerita yang bukan-bukan. sebab setahu saya, saya tak pernah pun nak cerita yang bukan-bukan pasal awak. even ada yang tak berkenan pun just pendam dalam hati je. malas nak cari gadoh & saya bukan jenis orang yang suka cari populariti dengan buat cerita yang bukan-bukan. actually saya tahu awak memang dari dulu tak suka saya. tapi saya tak kisah. bukan nya apa. saya kawan dengan awak ikhlas. so saya buang jauh-jauh perasaan yang boleh mendatangkan kekeruhan dalam persahabatan. (wah ayat.. hambik kau. tak boleh blah)

saya pun tak tahu kenapa awak tak suka dekat saya. sebab apa yang saya perasan kalau apa-apa yang awak tak puas hati mesti saya sorang je yang kena. mungkin saya nie tak ada apa-apa advantage untuk awak kan. sebab tu lah awak boleh buat saya macam nie. saya diam je. kalau nak diikutkan memang dah lama dengar benda yang tak sedap macam nie masuk dalam telinga. tapi saya buat-buat pekak je. dengar tak dengar je lah. saya tak kisah lepas awak baca entri nie awak nak serang saya ke, awak nak halau saya ke. serious saya memang tak kisah. sebab apa yang saya tahu saya bayar sewa rumah setiap bulan. memang awak yang cari rumah nie. tapi kita bayar sama-sama kan. saya tak mudah mengalah macam mana awak buat pada mereka-mereka yang lepas. sebab lepas apa yang jadi saya dah tahu sapa awak.

saya nak cakap lah kat awak. saya tak kisah pun awak nak bercerita pong pang pong pang kat semua orang yang semua nie salah saya. sebab sebelum kes "Taik" nie timbul tak jadi masalah pun bila saya tak tegur awak. kenapa lepas kes "Taik" nie timbul awak mula pertikaikan yang saya tak nak tegur awak? macam pelik kan. biasa lah. hati manusia nie memang tak pernah puas. awak bukan "Diva" ok setiap masa nak kena bertegur sapa. mungkin sebab muka saya nie susah nak senyum kat awak kot. honestly la saya cakap. kenapa saya susah nak senyum kat awak semua sebab apa yang awak buat pada saya. saya kalau boleh tak nak ungkit benda yang lepas. tapi bila awak dah mula menunjukkan yang awak akan memulakan perang. saya pun nak mulakan kan exercise saya. tak nak pulak nanti awak serang saya, saya yang terkial-kial.

berbalik pada kes "Taik" tu pulak. saya tak marah pun awak bagi notes & tampal kat pintu bilik awak. serious saya tak kisah. tapi saya rasa tindakan saya betul lah. saya letak ibu kucing & anaknya kat tempat yang selamat. saya tak nak benda yang sama berulang balik. nak cakap saya pukul kucing? saya belum gila lagi la. saya just halau kucing tu dari masuk dalam rumah semata-mata nak jaga hati awak. nanti kucing tu mesti berak kat tempat yang sama even saya tahu awak dah bertungkus lumus membersihkan sisa-sisa taik tu. saya nie kan pakar kucing. tak baik lagi ke saya nie? jahat lagi ke saya nie kat mata awak? kalau saya nak ungkit semua cerita yang saya dengar & saya nampak sendiri apa yang awak buat dekat saya jenuh 2 hari 2 malam baru siap entri nie.

sekarang nie saya tak tau apa yang awak dah canang kat orang sekeliling awak sampai kan mereka pun turut serta berkelakuan macam awak. kalau tu cuma perasaan saya sila lah maafkan saya. kalau awak tak nak maafkan saya, "ada saya kisah". saya tak hadap nak berkawan orang macam awak nie. nak mengata saya yang suka cakap belakang pasal awak. tolong la. awak ingat awak artis yang paling "ngetop" kat Seri Iskandar nan permai nie ke? kalau dengan orang lain maybe awak boleh la berlagak tapi dengan saya sorry too say la. awak nak cakap saya nie bajet kuat ke? yup..! memang saya kuat sebab saya lebih gemuk dari awak. sebab tu la saya kuat. nak compare berat badan pun memang saya lah yang juara. tapi saya tak kisah. saya memang tak heran orang macam awak nie. saya memang dah lama diam je. malas nak layan kerenah awak. tapi makin saya diam makin awak melampau. awak jangan ingat saya diam sebab saya takut dengan awak. sikit pun saya tak pernah takut dengan awak. 

bila hal macam nie dah berlaku, awak memang pandai persuade orang untuk dengar cakap awak. awak mesti cerita yang buruk-buruk pasal saya kan. no wonder la awak kena pulau dulu. memang patut pun. sekarang nie awak nak saya pun rasa macam mana awak rasa kan. hoestly saya cakap saya tak heran. saya tak peduli apa orang nak cakap pasal saya. sebab semua yang orang bercakap tu datangnye dari mulut awak. kalau dari mulut awak tu memang saya tak percaya langsung. sebab awak nie memang langsung tak boleh pakai. awak memang bukan sahabat saya. it just awak sekadar atas nama "kawan" je. kalau awak sahabat saya awak takkan sekali-kali buat saya macam nie. saya memang menyesal sebab jumpa orang macam awak. saya jadi menyampah la bila awak buat status sedih la apa lah. awak jangan asik nak tuding jari pada saya sorang je. kalau awak yang tak mulakan cerita-cerita panaz pasal saya, benda yang sama tak jadi pada awak jugak. no reason lah kalau awak nak cakap saya nie suka cakap yang bukan-bukan pasal awak. dah berapa kali saya cakap awak bukan "Diva". awak dah hasut semua orang yang saya rapat. saya tak kisah. saya masih ada mak bapak saya yang kenal perangai saya macam mana. saya still ada buah hati saya yang sayang pada saya even dia memang selalu mendatangkan masalah pada saya. tapi saya tak kisah. dia still ada untuk saya bila saya perlukan dia. 

macam-macam yang saya fikir pasal awak nie tau. mungkin sebab perangai awak yang depan orang punya lah baik tapi belakang kutuk kaw-kaw punya kat kawan sendiri. memang patut semua kawan awak lari. bila saya fikirkan balik menyesal saya dengar dari sebelah pihak je. saya tak dengar dari pihak yang satu lagi. sebabkan awak jugaklah kot mereka-mereka memang tak tahan then terus pindah. saya rasa awak tau sapa kan. tak payah la saya mention nama dia. tak nak pulak nanti diaorang ingat saya sebelah kan diaorang. bagi saya benda yang dah lepas tu lepas la. kalau awak nak tau semenjak saya kenal dengan awak nie lah saya dah mula ada musuh. dulu before kenal awak hidup saya tenteram je. tak de pun nak bergaduh dengan sesapa nak bermusuh dengan sesapa. kalau awak nak tau gadoh-gadoh nie bukan zaman saya lagi dah. gadoh-gadoh nie masa saya sekolah lagi. saya bukan nak tunjuk kuat la. tapi seingat saya buku rekod disiplin saya tu dulu penuh dengan masalah disiplin. bergadoh nye lain, cabut sekolah nye lain, ponteng kelas nye lain. banyak lagi lah. eh, saya baru je usha blog awak tadi. awak ada menceritakan pasal saya. kenapa tiba-tiba terus delete entri tu? saya tak kisah lah. ops..! saya tau. mesti awak tak nak nanti orang persalahkan awak kan. sebab awak tau saya mesti balas balik apa yang awak buat. tak pe lah kalau awak dah delete entri tu. saya tetap akan post entri nie. nie kan blog saya. suka hati saya lah nak cakap apa. kalau orang lain baca entri saya nie mesti diaorang cakap saya yang salah kan. dari awal lagi awak dah berjaya menghasut mereka untuk persalahkan saya. so saya dah tak heran. =)

entri nie memang khas untuk awak. sebab awak saya ada banyak idea nak karang entri nie. terima kasih banyak-banyak awak. awak memang idola saya. nanti tolong ajar saya macam mana nak jadi "talam dua muka" boleh? saya rasa lepas nie saya nak delete awak friend list saya la. sebab awak nie macam sejenis virus.nanti boleh membahayakan saya pulak. heboh pulak pasal saya mengata awak ye. meh sini saya nak story kat awak. tapi mula-mula sekali saya dah tak nak percaya kat sesapa lagi dah sebab semua mulut macam tut je. tak nak cakap nanti blog saya kotor. ok yang tuduhan pasal awak mencuri tu ye. kira sekarang nie awak nak tuduh saya yang mengatakan awak mencuri? kalau tak ada orang bercerita pada saya tak kan lah benda nie boleh timbul. ye tak? tak kan lah saya nie gila sangat nak cakap awak nie pencuri kalau tak da orang yang nak bagitau. saya malas nak cakap sapa orang tu. awak fikir lah sendiri. sebab mesti dari mulut orang yang sama jugak cakap pasal benda nie. betul tak? awak marah & terasa ke bila saya letak status kat facebook pasal taik tu? saya ingat awak nie tak ada perasaan marah. ada rupanya. bagus lah. tu tanda nya awak nie masih manusia normal lah kan. awak tau marah kalau saya letak status yang awak tak berkenan. macam tu jugak lah kat saya. tapi saya tak tunjuk yang saya nie marah. sebab tak nak jadi budak kecik.

pelik kan manusia nie. bila nak tutup kesilapan sendiri boleh nak memburukkan orang lain padahal kesilapan tu datang dari diri sendiri. kalau pasal mencuri tu kenapa awak tak tanye direct pada orang yang bercerita pada saya? mesti ada sebab kenapa dia cakap awak yang curi. takkan lah saya tiba-tiba nak cakap awak macam tu. saya masih waras. owh saya penat buat nukilan khas untuk awak nie. banyak lagi nie tak lepas. jap ek. nak fikir balik ada apa-apa lagi tak yang saya tertinggal. untuk pengetahuan awak, saya hide facebook awak. saya tak suke tengok status awak yang konon nye awak lah yang sangat betul. =)
awak nak cakap saya macam nadia kalau tak nak naik kereta awak blah macam tu je. yup memang saya mengaku saya buat benda yang sama macam mana yang saya cakap pada nadia. awak nak tau apa sebab nye. sebab nye saya memang tak boleh nak tengok muka awak. serious tak boleh langsung. nak bercakap apatah lagi. awak nak cakap saya tak kenang budi awak selama nie. saya berterima kasih lah pada awak sebab banyak tolong saya. tapi saya bukan anak orang kaya yang boleh balas semua budi awak tu. saya dah cuba jadi kawan yang baik untuk awak. tapi awak yang mula kotorkan jalinan persahabatan yang ada.

saya memang tau mesti ada benda yang bukan-bukan akan terkeluar bila dah bergadoh macam nie. saya nak ucapkan syabas pada awak sebab dah berjaya pulaukan saya. tapi saya dah lama belajar untuk jadi seorang yang berhati kering. so, even awak buat apa pun kat saya. saya still boleh senyum. macam awak letak kat facebook awak. awak still boleh senyum. saya pun boleh senyum jugak. ada apa-apa lagi tak yang saya tertinggal? kalau ada tolong ingatkan saya. lama gile saya nak siapkan entri untuk awak. makan masa 2 hari jugak lah. kalau nak diikutkan semua orang sama je. semua pernah mengata each other. tapi tu terpulang pada awak lah sama ada nak terima atau tak. tapi saya tengok awak terima je. just saya je lah yang awak tak boleh terima. tak pe. awak jangan risau. kalau awak menyampah + benci kat saya sekali pun saya tak marah. tak lama lagi kita sama-sama habis study. awak tak payah lah nak mengadap muka saya & macam tu jugak lah sebaliknya. just tahan beberapa bulan je lagi. tak lama. pejam celik dah abis study. cukup lah kot entri khas untuk awak. saya dah larat nak taip. naik juling mata saya. buat entri untuk awak nie macam nak buat assignment je. ok lah. bye. =)

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia


08 march 2011. saya baru tau yang ada hari wanita sedunia. before nie tak pernah amik tahu sebab saya tak suka alert benda-benda yang macam nie . ok my fault. =(
tadi dok usha facebook saja nak habiskan masa yang terluang. bila dah bukak sana sini saya ternampak la status rakan facebook saya tentang hari wanita sedunia. macam pelik. tak pernah dengar pun. wujud ke sebenarnya hari tu. so saya pun search lah kat en.google bagi membuang rasa ketidakpastian dihati ini. =)

bila search memang ada lah. apa lagi terus dapat idea nak buat blog untuk kaum saya. dari hasil pencarian saya yang memakan masa 2 minit tu saya dapat tahu kenapa wujudnya hari wanita nie. ini adalah untuk bagi macam satu penghargaan la jugak pada kaum saya sebab kalau nak diikutkan kaum saya yang banyak berkorban untuk kaum lelaki. opps! saya tak berniat nak tindas kaum lelaki. ok berbalik kenapa hari wanita nie wujud sebab wanita nie banyak tugas yang harus & mesti dilaksanakan. sebagai contoh tanggungjawab wanita sebagai seorang ibu & seorang isteri memang sangat berat. nak kena jaga makan pakai anak & suami. kalau isteri tu berkerja nak kena bagi tumpuan pada kerjaya pulak. so, memang terbuktilah kan yang wanita nie lagi banyak cabaran hidup berbanding lelaki.

saya tak nak cakap banyak-banyak sebab takut nanti salah konsep pulak. habis saya kena saman pulak. so, pada suami-suami yang kat luar sana sila lah hargai isteri korang sebab kalau tak ada isteri korang makan pakai korang mesti tonggang langgang. pada anak-anak jugak tak lupa. jangan pernah lupa jasa ibu tau. penat mak korang mengandungkan korang 9 bulan 10 hari. nak jaga korang, basuh lampin korang, bagi susu kat korang. macam tu jugak kat saya lah. saya hargai ibu saya. 

tapi kan kalau yang untuk pasangan bercinta tu macam mana pulak ye? boleh ke boyfriend kita hargai kita? nak kata kita basuh baju diaorang tak jugak. kalau bagi makan tu mungkin lah kot sebab selalu dating mesti makan sama kan. saya pun tak tau. kalau korang rasa pasangan bercinta boleh dikira jugak untuk raikan hari wanita nie ok la kot. tapi saya pun nak rasa dihargai jugak. kalau macam nie kena buat list lah gamaknya dekat buah hati kan. untuk dia tunjuk rasa dia hargai saya. ok saya nak start buat list untuk si dia.
bye. =)

Monday, March 7, 2011

Sakit Hati atau Hati Sakit


tengah hari macam nie memang sedap kalau nak tido sebab hari nie bandar seri iskandar tak lah seterik macam selalu. so, saya pun ambik lah kesempatan nie nak share dengan korang dan juga nak mintak opinion korang. sebenarnya mana satu yang betul "sakit hati atau hati sakit"? bagi saya lah dua-dua betul it just meaning yang different. meh sini saya nak share dengan korang pasal sakit hati. kalau sakit hati nie selalunya melibatkan perasaan. betul tak? kalau betul sila angkat tangan macam saya. ok just kidding je.

sakit hati nie memang kita tak nampak sebab tak da kesan. tapi boleh tinggal kan luka yang maha dalam sampai tak terkira lah. so, bila someone nie dah terkena atau secara tak langsung terjerumus dalam keadaan yang macam nie memang dah tak boleh nak dielakkan. tak kira lah sakit hati sebab apa pun. sebab "buayafriend" ke, sebab kawan ke tapi rasa sakit hati tu tetap ada. just situation je lah yang lain.

kalau sakit hati dengan buayafriend atau pun boyfriend, sakit yang kita rasa memang makan dalam lah. even pujuk macam mana pun kesan nya memang tak kan hilang. sampai lah sekarang. kalau dengan kawan, urm no komen. hahaha. korang fikir lah sendiri.
ok pasal hati sakit pulak. hati sakit nie setahu saya lah orang yang ada penyakit hati. tu semua gara-gara rokok atau pun sebab lain. saya tak tahu lah sebab saya bukan nye doktor. so, kalau korang rasa saya punya pendapat nie bercanggah dengan pendapat korang boleh lah berikan cadangan korang. saya boleh terima seadanya.
bye. =)

Friday, March 4, 2011

Carnival Of Believe

as usually every last semester for HND4 kiteorang kena buat satu event yang gempak & boleh dapat profit yang melambung. so, lepas beberapa kali kami meeting akhirnya dapatlah kitaorang decide mana-mana yang penting untuk event nie. untuk nama event nie memang banyak idea yang melimpah ruah dari buah fikiran kitaorang semua. ada yang nak letak nama santai lah, color of life, fuyooh gempak & mcm-mcm lagi. lepas dipertimbangkan oleh pengarah kami nama untuk event yang kami tetapkan ialah "Carnival Of Believe". korang nak tengok kitaorang punya design untuk event nie?? cantik tau. kitaorang ada mereka-mereka yang pandai buat design nie. meh saya tunjukkan design yang diaorang dah buat. nie lah design untuk event kitaorang. cantikkan. semua aktiviti yang akan diadakan hari tu semua dah tertera pada banner kitaorang.

Believe Carnival

meh saya nak list aktiviti yang bakal diadakan pada hari kejadian.
1) autoshow kereta-kereta antik
2) autoshow vespa
3) mytv3
4) tomoi
5) konsert
6) pertunjukkan scrambler @ motorcross
7) pertunjukkan ular

kalau nak list semua memang tak habis lah. kalau korang berminat sila lah hadirkan diri korang pada 09 & 10 April 2011 kat Kolej Profesional Mara Seri Iskandar,Perak. moh ramai-ramai kita meriahkan event kitaorang nie. =)

Thursday, March 3, 2011

Penat

serious hari nie memang penat gile. class dari pagi then direct meeting. lots of work today. meh saya cerita satu persatu kenapa saya penat sangat hari nie. kalau korang rasa bosan nak teruskan baca entri nie it's ok. korang ada hak. =)
pukul 9 pagi dah start class. tapi tak tau la kenapa rasa berat sangat nak mata nie nak bukak. pegi class dengan sedaya upaya untuk menimba ilmu. bagus betul anak en.mat sah nie. =)
class habis around 12.30 sebab en.Pendi lepaskan kiteorg awal. best la en.Pendi. kitaorang sayang en.Pendi lah. habis je class saya, ezza, mira & effa berkejar nak settlekan bil electric kat TNB. berkejar bukan sebab apa sebab ada meeting pukul 2. nak tak nak kena la pegi jugak.

sampai rumah lepak-lepak kejap. jengah-jengah anak Blacky, main-main dengan diaorang then terus pegi join meeting. sampai je kat tempat meeting, diaorang suruh bentangkan pasal event saya. agak terkejut jugak lah sebab tiba-tiba nak kena bentang. nasib baik saya dapat dikecualikan. ye lah saya tak buat apa-apa preparation pun. daripada nanti saya yang malu sendiri better saya buat preparation dulu. so, by tomorrow saya kena submit pembentangan kat Faizal Hizam.

habis je meeting, saya terus ajak effa & ezza pegi balai polis. nak menyerah diri lah. saya ada banyak buat salah. hahaha. tak lah. just nak tau lebih detail je pasal event yang saya nak anjurkan. saya just perlu isikan borang yang kakak polis tu bagi je. submit & tunggu approve dari pihak atasan. nasib baik la senang nak berkomunikasi dengan kakak polis tu. terima kasih kakak polis. =)
habis tu, saya lanjutkan pengembaraan saya ke pejabat tanah. niat hati nak tanya pasal tanah tempat perlumbaan motorcross tapi dapat jawapan yang sia-sia. dari tingkat 1 bilik hujung ke hujung saya jelajah. dapat jawapan yang menghampakan. then terus ke tingkat 3. even tak da lah dapat jawapan yang best tp abang-abang & pakcik-pakcik kat unit teknikal tu bagi kerjasama yang best. wa respect lu la brader.!

destinasi terakhir kami MRCB. saya suka discuss dengan Tuan Hj Halim. Tuan Hj best la. bagi information yang berguna. siap nak join event saya lagi. giler excited. tambah-tambah dia banyak cerita pengalaman dia bila handle event yang macam nie. lagi saya suka dia support saya bila saya nak handle event nie. lepas nie saya nak jadikan dia idola saya lah. =) 
hensem pun boleh tahan. =)
saya lagi respect tuan hj lah. tuan haji memang seorang lelaki berkaliber la. ok lah cukup kot setakat nie saya punya bebelan. mesti korang tak larat nak baca lagi kan.
bye. =)

Wednesday, March 2, 2011

090411

bila kepala dah pening & buntu nak buat assignment, saya pun curi-curi kesempatan yang sedia ada nak buat entri nie. saja je nak share dengan korang buat pengubat kebosanan nie.
nombor yang korang tengok kat title tu bukan nombor ekor yang saya nak bagi ok. kalau korang nak try gak nombor tu apa salah nye tapi dosa tanggung sendiri la beb. =)
actually, nombor yang tertera tu bermaksud tarikh kawin akak saya & juga tarikh event untuk subject SPO.
sedih bila terpaksa buat pilihan yang memang sangat susah macam nie sebab dua-dua memang penting.

atas nasihat ayahanda tersayang, saya lepaskan untuk join masa wedding my sis. nak buat macam mana. dah terpaksa. kalau tak sia-sia failed subject SPO. dah la last semester. tak pe lah. saya redha je. =(
last week saya balik JB dengan tujuan nak hantar wedding card my sis. saya tak berani nak berdepan dengan my sis sebab takut dia kecik hati & takut saya menangis non stop. saya balik pun tak jumpa & berbual dengan dia. saya buat macam-macam cara untuk tak berbual dengan dia. caranya dengan bila dia pegi kerja pagi, saya still sleeping beauty. bila dia balik keje saya keluar jumpa buah hati. balik rumah pulak dua tiga pagi bila my sis dah tido. my mom pun tak sampai hati nak cakap dengan dia masa saya ada kat rumah. sangat sedih macam nie tau. =(

then, semalam i got a call from her. my mom told her about that. sangat sedih. saya dapat dengar suara dia yang memang terkilan. ye la saya jadi wedding planner dia tau. semua saya yang buat macam saya yang nak kawin. sedih la bila tak dapat tengok hasil idea & kerja yang saya usahakan. sampaikan wedding card dia pun  saya yang tempah. dari segi pilihan kasut, pelamin, baju pengantin, barang hantaran, makanan, banyak lagi lah. tambah lagi saya jadi pengapit dia pulak. saya memang nak sangat jadi pengapit. tapi dah tak da rezeki.

saya memang redha dengan semua yang jadi nie. mungkin ada hikmah. mesti ini yang terbaik untuk saya yang Allah dah aturkan. mana lah tahu saya boleh dapat keputusan yang cemerlang dengan ujian yang saya hadapi.
saya akan lebih fokus untuk jayakan event nie. saya akan sedaya upaya nak tunujukkan yang saya nie bukan mudah lemah bila semua nie jadi. doakan saya ok kawan-kawan. bye. =)

New Family in The House

sangat happy bile dapat tau dapat family baru dalam teratak indah kami nie.
semalam dating dengan kawan sepertidoran Ezza Shafferni dan kekasih hatinya.
mentang-mentang lah class start lambat suka hati je merayap.
kami pergi berkaroke, makan mcd.
tujuan utama nak menghabiskan duit. =)

berbalik pada cerita asal, sampai je rumah saya terpandang something kat dalam kotak yang dah memang disediakan khas untuk beliau.
bukak je lampu, happy sangat tengok beliau dah dapat menjadi seekor ibu.
wah syoknya.. =)
nama beliau "Blacky". comel kan nama dia. macam dia jugak la comel. 
dia dapat 4 ekor anak. semua comel-comel. tapi malangnya tertinggal lagi sekor dalam perut.
kesian blacky. first time beranak. dia tak tau. lagi kesian masa dia beranak sorang-sorang. tak ada orang sambut.
anak-anak blacky ada warna kuning, kelabu, & hitam. semua comel sampai tahap nak gigit pun ada jugak.
geram sangat. hasil kesabaran kami semua menanti akhirnya dapat gak tengok anak dia.
ezza & efah dah mula berebut nak anak blacky. efah dah cop nak anak blacky yang kuning. ezza pulak nak anak blacky yang kelabu. owh, lupa pulak anak blacky nie semua hero tau.'
terer tak kucing kami dapat anak hero.
bye. =)

Tuesday, March 1, 2011

Surprise..!!!

just nak buat short entri je coz penat sangat hari nie.
lepas penat saya dok pong pang cite pasal hamba Allah nie,
dapat satu kejutan lah.
agak besar jugak lah kejutan nie. =)
mungkin perempuan tu dah diturunkan rahmat kot.
event saya diterima pakai.
syukur alhamdullilah.
even sempat lagi saya berputus asa.
kan saya dah cakap orang yang hasad dengki nie tak kan kemana.
bye. =)