BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 28, 2010

Suka Suki

salam readers. 
maaf sejak kebelakangan ni saya kurang aktif untuk mengupdate blog kesayangan saya. :(
entri kali ni bukan tentang saya dan si dia yang bertahta di hati.
tapi tentang saya dan sahabat sebelah kamar.

hari ni kami berjalan sakan dan bersuka suki bersama sama dan berdua duaan.
syok keluar berdua dengan sahabat sebelah kamar.
macam-macam moment & insiden yang berlaku.
but we are happy.

perjalanan yang tak dirancang lansung.
dalam kira-kira pukul 11 sahabat sebelah kamar datang menjengahkan diri beliau kedalam bilik saya.
tiba-tiba beliau mengajak saya untuk keluar.
dia cakap nak potong rambut.
saya pun dengan tak dirancangnya terus menyuarakan untuk buat rambut raya.
kami pun bersiap ala kadar.

jalan punye jalan kat atas highway kami pun sampai la ke tempat yang nak dituju.
"Yik Foong"
betul ke ejaan saya?
kalau salah maafkan lah ye.
kan dah nak raya nie. ;)

sampai saja di Yik Foong, 
kami terus menuju ke kedai salon yang begitu menyerlah sekali.
"Salon Mango"
inilah nama salon yang menjadi kunjungan kami.
lama jugak lah kami di salon nie.
dalam pukul 6 baru settle semua.
tapi sahabat sebelah kamar tidak berpuas hati dengan service yang mereka jalankan.
sahabat sebelah kamar merungut sebab rambut yang dipotong tak seperti yang dijangka.
after habis je setting rambut saya,
kami berdua terus bergerak ke JJ yakni Jaya Jusco.
kami terus menyerbu salon Loreal yang berada di dalam JJ.
sahabat sebelah kamar mengoter rambutnya di salon ini.
hasilnya memang sangat bagus dan berpuas hati.
kami berbuka puasa di JJ.
settle berbuka, kami cuci cuci mata.
then, kami masuk ke kedai Mr. Padini.
memang rambang mata dibuatnya.
jahat tau Mr. Padini ni.
suka buat kami rambang mata nak beli tu nak beli ni.
nak tau hasil dari perbuatan Mr. Padini kepada kami?
saksikanlah. ;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









semua yang kalian lihat di atas adalah gara-gara Mr.Padini.
dia yang buat kami jadi sebegini.
dan akhirnya saya telah membeli kedua-dua baju yang telah saya peragakan.
begitu juga shabat sebelah kamar.
dia juga membeli baju dari Mr.Padini.
jahat kan Mr.Padini nie.
:P

Monday, August 23, 2010

Nak Raya Boleh??

salam kawan-kawan.
serious saya nak katakan saya rindu pada BLOG saya nie. hehe. :)
dah berkurun lama la jugak saya tak berkesempatan nak update blog saya ni.
nak share story mory dengan korang.
and macam-macam lagi.

berbalik pada entri kali ni.
mungkin dah terlambat kot saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak.
tapi tak pe la.
dengan muka yang tak bersalah saya tetap nak ucapkan jugak.
"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"


settle wish untuk bulan puasa.
sekarang nak wish selamat hari raya boleh tak?
mesti lah boleh.
tak ada sape nak marah saya kalau saya wish pon. :)
pejam celik pejam celik dah 12 hari kita menjalankan ibadah puasa.
tak lama lagi dah nak raya.
wah...
mesti bestkan sambut raya.
dam dam dum.
bunyi mercun.
eh boleh nyanyi lagu raya pulak.
sori kalau suara saya tak sedap.
sebab kalau sedap pun korang tak dapat dengar.
mesti dengar suara korang sendiri.
sebab korang yang baca blog saya. :)

hurm. 2 assignment dah settle. 
selamat tinggal Marketing Planning & Advertising Promotion.
kamu berdua telah saya hantar ke pejabat hakim untuk diadili.
saya hanya menunggu keputusan dari pihak hakim saja.
buat yang terbaik ok. :)
sekarang tinggal Puan. Mananging People sebelum saya dan para penghuni KPMSI dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya.
agak-agak bila saya akan bermesra dengan Puan. Managing People ni kan.
jawapannya :
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sudah semestilah lagi 2 hari sebelum submit baru saya akan bermesra dengan anda wahai Puan. Mananging People.
hahaha.
dah jadi kebiasaan kan. :(

kepada Puan. Marketing Planning dan Cik. Advertising & Promotion, 
kalian boleh lah beraya sakan sebelum kalian mengeluarkan anak-anak kalian after cuti raya nie.

hati saya sekarang nie dah melonjak-lonjak nak beraya sakan.
tak sabar nak pulang ke tanah air tercinta.
Johor Bahru...tunggu kepulangan daku. chewah.
macam poyo la pulak.
macam la saya ni belajar kat London.
padahal study kat Perak je.
hehehe.

rangka perjalanan shopping raya saya dah settle.
so, En. Dean awak kene bersiap sedia ok.
kuatkan minda, mental & fizikal awak. :)
korang nak tengok ke schedule yang saya dah buat?
saya takot korang menguap sampai keluar air mata je nak baca.
tapi, saya tetap nak share jugak. :)

SCHEDULE SHOPPING RAYA.
  • 3hb or 4hb : perjalanan bermula untuk pulang ke tanah air.
  • 5hb : berbuka puasa bersama En. Dean saya. (nak tak nak dia tetap kene belanja saya berbuka)
  • 6hb : mak saya dah booking saya suruh teman dia pegi jakel untuk beli langsir.
  • 7hb : kakak saya masyuk. dia janji nak belanja saya berbuka puasa kat senibong. makan tepi laut. romantik. i like. :)
  • 8hb : berbuka puasa bersama En. Dean saya. (wajib)
  • 9hb : ok. ready untuk serbu First Lady. saya dah usha baju raya. kami sedondon warna krim.
  • 10hb : shopping kasut raya & kalau sempat nak buat rambut raya. :)
  • 11hb : dah raya. horrey..!!
nie lah antara shcedule yang saya dah rancang.
kalau ada perubahan saya akan update.

p/s : teringin nak main mercun. kalau pegi bazar nampak orang jual mercun. teringin nak beli tapi hati cakap jangan.
membazir. so sape-sape nak bagi saya mercun sikit?
 

Sunday, August 15, 2010

Nurul Ihsan, Kini & Selamanya

Dengar saja nama Nurul Ihsan,
saya dah terbayang-bayang keriangan kanak-kanak yang memang sangat ceria macam Astro Ceria.
pertama kali saya menapakkan kaki di Nurul Ihsan adalah pada bulan Ramadhan yang sangat mulia tahun 2009.
dan tahun ini juga pada bulan yang sama,
bulan Ramadhan yang sangat mulia dan diberkati saya dan juga anggota keluarga KPMSI yang lain turut menjejakakan kaki ke tempat yang memang sangat seronok Nurul Ihsan.

Nurul Ihsan adalah tempat penempatan untuk anak-anak yatim.
saya sangat gembira dapat hadir untuk kali yang kedua kesini.
pelbagai aktiviti yang kami semua lakukan untuk menggembirakan kanak-kanak yang tinggal di sini.
saya dapat merasakan kegembiraan mereka dengan kedatangan kami untuk memberi sumbangan serta mengeratkan silaturrahim antara umat islam.
actually saya tak tahu macam mana nak terangkan betapa happening masa kami semua berada di Nurul Ihsan.
maybe dengan koleksi gambar yang saya perolehi dapat perlihatkan kegembiraan kami semua di sana.
selamat mencuci mata kalian dengan koleksi gambar dari Nurul Ihsan. =)


sesampai Nurul Ihsan rutin kebiasaan dilaksanakan. tangkap gambar & saya yang menjadi juru camera untuk mereka. =)

abang-abang macho yang turut serta. =)

fida, saya dan kak wida. =)

tak boleh nampak camera. ada je nak posing. =)

thanx to our mummy Pn.Rabiyathul dah memperkenalkan kami kepada Nurul Ihsan. =)

antara penghuni Nurul Ihsan. =)








nama adik nie Haikal. comel kan. =)

penghuni Blok A Nurul Ihsan & kakak-kakak yang giler camera. =)

mereka lagi. gambar saya tak ada pun. =(

ok. gambar saya dah ada. =)

saya lagi. =)

saya lagi. =)

penghuni Blok A Nurul Ihsan. =)



adik angkat saya. Rohana, Ain & Mashitoh. =)

peminat-peminat nasa. =)

setelah selesai semua aktiviti. =)

sebelum kami berangkat pulang. T_T

cukup lah sampai sini saja entri saya.
sedih nak melanjutkan cerita nie.
T_T


Friday, August 13, 2010

First Trying

salam readers.
rindu pada blog kesayangan even baru sehari tak update.
hati saya sangat berbunga riang seperti kanak-kanak riang yang baru dapat lolipop. nyum nyum sedapnya lolipop.

memang saya seorang yang sangat addicted pada internet dan juga sesi mengedit gambar.
tapi bukan nak story pasal saya yang gila internet.
entri kali ni saya nak story perangai saya yang sangat addicted pada sesi mengedit gambar.
sangat teruja bila nak buat entri nie dari selesai kelas IT.
sebabnya mengapa kenapa dan bagaimana saya sangat teruja dengan entri kali ni adalah kerana saya telah berhasil mengedit gambar sepertimana yang saya idam-idamkan.
saya tak kisah orang nak cakap saya ni jakun or lambat.
yang penting saya dah tau sekarang macam mana nak mengedit gambar.
syabas mai. =)
dengan hanya menggunakan Photoshop dan juga beberapa jenis combination untuk menghasilkan gambar yang cukup berpuas hati la jugak.
korang nak tengok ke?
ish tak perlu lah.
saya edit tak lah secantik Faris Ajwad rakan sekuliah saya.
tapi masih lagi boleh diperbaiki.
*sori faris guna nama kau dalam blog aku. =)
kalau ada yang cacat cela pada gambar yang saya edit harap anda boleh la lihat hanya menggunakan sebelah mata saja.
ni lah beberapa keping gambar yang saya berjaya edit.
selamat menjamu selera dengan gambar yang saya dah edit. =)
  first trying mengedit. =)


first time buat wallpaper. =)


wallpaper + gradient. =)

pen tool. =)

improve sikit. =)

ok lah. selamat mencuci mata dan beramal. =)






Thursday, August 12, 2010

Girls Day Out

yes!
Gurls Day Out with my housemate.
memang sangat happening gile dating dengan mereka yang sememangnya gile.
jangan marah ye kawan-kawan.
korang sememangnya gile and superb!.
saya sayang korang.
Hala tuju kami pertama adalah ke jalan yang menuju ke Kuala Kangsar.
tujuannya ialah untuk membeli ayam.
nak yang murah kan.
perjalanan memang sangat membosankan sebab memakan masa yang agak lama.
kebetulan keadaan kesihatan saya yang menggeruhkan lagi keadaan yang bosan dalam kenderaan kesayangan sahabat sebelah kamar Mira.
sesampai je kami kat sana terus la sesi pemilihan ayam berlangsung.
bukak yang sana,
bukak yang sini.
akhirnya kami memilih chicken chop dan juga pop corn ayam.
settle dengan auntie yang handle ayam tu kami pun terus meneruskan perjalanan.

actually saya sedang menaip entri kali nie dalam keadaan yang memang hingar bingar.
dengan telatah rakan sekelas kak wida, bota, aiza dan mimi lagi menyegarkan mata dan semangat saya untuk menaip entri ni.
mereka memang sangat happening.
tambahan dengan telatah bota.
saya asyik gelak je bila tengok telatah dia.
psst.. kak wida, bota dan mimi sedang menari poco-poco
ok dah. continue entri yang sepatutnya.
destinasi kami seterusnya adalah tesco Pengkalan.
tujuannya adalah untuk membeli perlengkapan untuk kami set up bisnes yang dah dirancang.
yang tak disangka sama sekali sahabat sebelah kamar asmiza sangat berani dengan membuka barang yang ada di Tesco untuk mengetest.
memang tak dapat dipercayai.
saya betul-betul terkejut.
tapi itulah hakikatnya.
dia memang seorang yang sangat berani.

after that,
kami terus menuju ke arah karaoke box.
melepas kan gian yang dah lama dah di asah.
yang best and terkejut.
sahabat sebelah kamar saya mira yang memang tak suka untuk berkaraoke
telah mengubah ketidaksukaan beliau.
dia turut serta dengan kami untuk berkaraoke.
memang sangat happening.

settle dah kot entri kali nie sebab saya nak join mereka-mereka yang nak berpoco-poco.





Monday, August 9, 2010

Hati Ada Rasa

kenapa hati ni?
asyik gelisah tak menentu je.
nak kata sakit,
sihat walafiat je.
nak kata sakit tu tak la pulak.

kelmarin En.Dean telah menalefon saya.
betul ke ejaan saya yang kat atas nie?
kalau salah sila abaikan.
dan untuk keterangan lanjut sila berjumpa dengan guru Bahasa Melayu anda.
dah jangan nak merepek yang bukan-bukan.
En.Dean call saya kelmarin malam saat saya bersendirian di rumah.
dia cakap dia tak sedap hati.
dia tanya saya banyak kali.
ada tak saya buat benda yang dia tak suka.
berpuluh kali juga saya menidakkan pertanyaan yang dipertanyakan oleh beliau.
dia bilang rasa tak tenteram je.
asyik teringat kan saya je.
saya pun pujuk hati dia.
saya cakap mungkin dia rindu kat saya.
dia pun terima pujukan saya.
dan sempat berpesan saya jaga diri elok-elok.
dah terlebih elok nie sayang.
dah macam tong badan saya nie.
asyik makan tak berenti-renti.
dan semalam juga saya dapat panggilan hangat dari ayahanda tercinta.
bertanyakan khabar seperti selalu sebagai pembuka bicara.
selang beberapa minit ayahanda bertanyakan keadaan saya.
ayahanda beritahu dia rasa gelisah je.
sama macam En.Dean kesayangan saya.
saya rasa pelik.
bila dah dua orang kesayangan saya berkata demikian.
hati saya diragut rasa tak tenteram juga.
sampai sekarang rasa hati saya tak tenteram.
macam ada something bad will be happen.
tapi tak tau apa.
Ya Allah, kau selamatkan lah keluarga ku dan serta orang yang aku sayangi.
kau selamatkanlah hidupku dari segala bencana dan hasad dengki orang yang berhati busuk.
sesungguhnya aku berserah padaMu.
amin.

Sunday, August 8, 2010

Saya Jiwang Apa Awak Heran?

ish. kenapa lah orang zaman sekarang nie?
ada je yang sibuk nak ambil tahu pasal orang lain.
saya dah malas nak gadoh-gadoh.
saya dah besar.
umur pun dah 21 tahun.
so saya nak jadi mature.
benda yang dah lepas tu dah la.
tak kan nak tunggu saya mengamuk sekali lagi baru mulut tu nak diam.
macam bontot ayam.
mesti masa kecik-kecik sampai lah dah besar gajah tak berhenti nak mengunyah bontot ayam yang kotor tu.
eeii.
geli la.

saya cukup tak paham.
saya jiwang pun ada ke kacau biji k******t korang?
ish jahat nye mulut saya nie.
sebenarnya mesti korang iri hati kan.
sebab bf yang korang sanjung tu bukan nak sehidup semati ngan korang.
bf korang tu just nak puaskan nafsu diaorang je.
ye la.
benda free kan.
mai, jangan cakap macam nie.
kesian kat diaorang.
nanti nangis tak leh berhenti pulak.
ok.maaf. =)

susahlah.
dah buat baik pun masih ada lagi yang tak puas hati.
buat jahat orang benci pulak.
tak tau dah macam mane.
saya tak nak taip panjang lebar.
nanti lebih ramai yang tersinggung pulak.
but, thanx pada yang memang suka amik berat pasal saya dan tak senang bila saya jiwang.
p/s: kalau nak suruh saya ajar awak untuk jadi seorang yang jiwang pun boleh jugak.
tak payah la awak nak heran bila saya jiwang lepas nie.
=)

Saturday, August 7, 2010

Mati kutu

pusing kiri
pusing kanan
meniarap
terlentang
dan duduk.
semua posisi yang dah menjadi kebiasaan saya kini dah tak biasa seperti selalu.
ada je yang tak kene.
tu la yang dinamakan mati kutu.
semua kerja tak menjadi.
bontot tak senang duduk.
resah gelisah macam kucing hilang anak.
hari sabtu yang sangat membosankan.
rasa nak jerit je.
tapi nanti disangkakan gila pulak.
biasalah bila dah duduk teratak indah yang sememangnya mempunyai jiran-jiran yang sangat sayang akan kami semua penghuni teratak indah.
segala tindak tanduk akan jadi perhatian.
macam kami nie semua puteri-puteri diraja yang selalu kene di awasi.

semalam tengok cerita korea sampai pagi.
sanggup tengok secara online semata-mata nak tengok pujaan hati berlakon.
Gu Jun Pyo....!!!!
laptop kesayangan tak boleh detect dvd.
so tengok secara online pun sanggup.
selalunya kalau layan cerita korea sampai pagi,
mesti esoknya akan saya tido sampai malam.
tapi hari nie tak tau.
rasanya baru je lelap.
tp pukul 11 dah bangun.
nak sambung tido balik tak boleh.
bila dah tak boleh tido,
saya pun tak membuang masa terus on laptop
then sambung cerita korea semalam.
tapi internet pulak buat hal.
cerita sekat-sekat.
sakit hati tengok.
terus biarkan laptop terbengkalai.

perut pulak dah macam-macam lagu dipasang.
pegi dapur.
kletung kletang.
makanan pun siap.
apalagi.
tak tunggu lama.
terus makan.
lepas makan pun masih rasa macam ada yang tak kene.
hati rasa resah gelisah je.
macam ada yang tak kene.
sampai sekarang nie hati rasa tak tenteram.
sampaikan tulis entri untuk kalian pun saya rasa macam tonggang langgang.
sorry ok. =(
sampai sini je kot entri kali nie.
saya tak nak teruskan lagi.
nanti lagi banyak benda yang saya akan merepek meraban dan boleh menyebabkan kalian juga mati kutu plus gila.


Friday, August 6, 2010

Tuan Muda Eic Rodriguez

Tuan Muda Eic Rodriguez..
nama sebenar dirahsiakan. =)
dia pernah menjadi part of my life.
dah lama saya terpisah dengan dia.
bila dah dapat jumpa balik rasa happy sangat sangat.
thanx to Facebook kerana telah mempertemukan kami.
saya rasa bila dapat jumpa dia balik hidup saya complete.
and yang paling happy sekali koleksi sahabat kesayangan saya bertambah.
sangat suka.. =)
before saya ada niat nak post entri kali ni,
saya dah mintak permission dia dulu tau.
tak nak la nanti hanya gara-gara entri saya kali nie saya hilang sahabat terbaik dan tersayang saya.

sekarang saya rasa saya adalah seorang yang penting dalam hidup dia coz dia selalu cerita masalah dia.
saya rasa sangat dihargai...
*rasa nak menjerit je.
bila dah macam ni rasa tak sabar nak jumpa dia.
saya tak nak cerita panjang-panjang.
kalian boleh la lihat siapa gerangan orang yang saya ceritakan.







sahabat tersayang saya. =)


WOW...!!! Nasi Bujang

Nasi bujang.
bunyi memang sinonim sangat kat telinga kita.
kita pun tau apa tu nasi bujang.
of course la seangkatan dengan nasi.
tapi, kalian nak tahu tak.
semalam buat kali pertamanya saya makan nasi bujang.
nak cakap saya tipu??
memang itu hakikatnya.
kalau pun saya sengkek tak la sampai makan nasi bujang.
at least mesti ada kicap or sambal yang saya buat.

so semalam tiba-tiba mulut & perut yang dah sedia membuncit nie mintak di isi dengan nasi bujang.
sebab-sebab teringin  adalah kerana rakan-rakan seperjuangan saya yang bergelar lelaki sering mengorder nasi bujang untuk santapan mereka.
saya pun turut terliur bila terkenangkan nasi bujang.
sangat sedap.
percaya atau tak,
saya telah makan 2 1/2 pinggan nasi bujang.
sangat teruk untuk seorang wanita makan dengan begitu banyak sekali.

dengan bantuan sahabat-sahabat sebelah kamar mira & juga asmiza,
saya telah dapat melepaskan keinginan saya yang mengalahkan ibu yang sedang mengandung untuk menikmati nasi bujang.
semalam adalah tema Nasi Bujang untuk santapan makan malam kami semua.
hanya Fiq sahaja yang lari dari tema kerana dia mengorder Nasi Putih Daging Merah.
so kami beramai-ramai telah menyingkirkan dia hanya dalam beberapa saat.
tak sampai hati nak singkirkan terus. =)

sementara menunggu makanan yang mengambil masa hampir 2 jam,
kami bermain teka-teki.
memang happening gile semalam.
kami buat kedai makan tu macam kedai kami sendiri.
gelak kuat-kuat sampai ketuk-ketuk meja.
tiba-tiba rindu dengan situasi semalam. =(
bila agaknya kami boleh berkumpul lagi.

ok tak nak cerita sedih.
cukup sampai sini.
hurm....
agak-agak apa menu makan malam hari ni ye?
Nasi Bujang adalah jawapan yang sangat tepat. =)

p/s : entri kali ni saya tak sertakan gambar kerana masalah-masalah tertentu. =(
 

Wednesday, August 4, 2010

The best Moment of Gua Tempurung



makin dekat nak muncul bulan yang sangat mulia,
makin banyaklah aktiviti yang saya lakukan bersama sahabat-sahabat tercinta.
antara aktiviti yang kami lakukan bersama adalah menonton wayang, meluangkan masa bersama kekasih terbaru saya dengan menonton cerita Boys Over Flower yang dilakonkan oleh beliau.
Gu Jun Pyo tetap di hati.

selain dari itu,
kami juga turut meluangkan masa bermandi-manda di Lata Kinjang.
saya telah memperbetulkan sebutan dan ejaan saya setelah diejek oleh teman-teman yang lain.
Lata Kinjang ok bukan Lata Kijang.

baru-baru ni saya telah meluangkan masa bersama rakan seperjuangan dengan aktiviti yang lasak. 
pada awalnya mengikut perancangan ramai rakan-rakan seperjuangan akan turut menyertai.
tapi biasa lah janji melayu.
bila dah sampai hari yang telah dijanjikan,
semua hilang.
ada yang demam,
tak boleh bangun pagi,
yang tak nampak hidung langsung pun ada. 
so, kesudahannya hanya kami bertiga sahaja yang pergi untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. 

tempat yang telah menjadi perancangan untuk kami bertiga adalah Gua Tempurung.
pada awalnya saya tak menyangka memang best gila tempat yang kami akan pergi.
sebab saya tak pernah sampai lagi ke sana.
bila dah sampai sana saya sangat teruja sebab memang cantik sangat-sangat tempat nie. 

setelah sampai, kami terus menuju ke kaunter pembayaran untuk membeli tiket masuk.
kami memilih second adventure untuk percubaan kami yang pertama.
harganya juga sangat berbaloi.
hanya RM11.00 sahaja untuk dewasa.
settle beli tiket, kami ke kedai yang berhampiran untuk membeli torchlight dan juga mineral.
 hampir setengah jam menunggu, ekspidisi kami pun bermula.



pada peringkat awal kami diperkenalkan tentang keajaiban yang berlaku akibat dari titisan air dan juga najis kelawar yang ada di dalam gua tempurung.
masyallah..
sangat cantik dengan keajaiban yang terbentuk.
satu keajaiban yang sangat saya tak sangka adalah terbentuknya imam makmum yang terbentuk dari titisan air yang ada di dalam gua.

selesai sesi pengenalan kami bermula dengan aktiviti yang mencabar.
kami harus menaiki anak tangga yang berjumlah 3ribu lebih kalau tak silap saya.
saya pun lupa . (-_-')

penat menaiki tangga,
kami dikejutkan pula dengan acara menggelungsur dalam gua.
saya sangat takut tapi serious best.
sehinggakan tapak kasut saya yang bersaiz 7 itu telah terkena muka salah seorang student UITM kalau tak silap yang menjadi tukang sambut.
really-really sorry to that guy.

bila dah settle menggelungsur,
kami harus menyeberangi anak sungai yang berada dalam gua.
baru saya tahu dalam gua ada sungai.
tu la.
bila suruh study sejarah masa Form5,
asyik tido je kat belakang kelas.
padan muka tak tau yang dalam gua ada sungai.
tapi, subject sejarah ke yang belajar pasal gua?
ok whatever.
abaikan.. (-_-')

panjang juga anak sungai yang ada dalam gua tempurung nie.
kami menyusuri anak sungai sehingga kami jumpa jalan keluar.
sangat best sehingga tak terkata.
saya hanya mampu cakap sangat rugi pada rakan-rakan seperjuangan lain yang tidak menyertai kami.
ikut perancangan kemungkinan after raya kami akan pergi lagi sekali ke gua tempurung tapi kami akan pilih yang betul-betul adventure.
sapa-sapa yang nak join meh la.
tapi yang betul-betul nak la.
ok.
saya persembahkan gambar-gambar yang sempat kami ambil sewaktu ekspidisi ini berjalan.
enjoy. =) 

menunggu masa untuk masuk kedalam gua tempurung.

ekspidisi kami bermula.

saya orang yang paling depan mengikuti en.gua tempurung. (excited)

lepas menghilangkan gemuruh akibat menggelungsur.
syimir yang excited jumpa sungai dalam gua.