BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

Pelampung Hidupku

salam semua.
rasanya lama juga saya tak mengupdate blog kesayangan saya ni.
biasalah bila rutin seharian as a student dah bermula,
mesti sibuk mengalahkan perdana menteri.
ish. macam bohong la pulak.
actually takdelah sibuk mengalah mengalahkan PM.
macam-macam keje dalam seminggu.
presentation berlambak-lambak.
nasib baik dapat group yang tau buat keje.
kalau tak haru hidup saya ni.

ok stop pasal study.!
entri kali ni saya nak share dengan you all tentang pelampung hidup.
you all pernah dengar ke pelampung hidup tu apa?
tajuk kepada entri saya kali ni diberikan oleh beliau yang telah menjadi pelampung hidup untuk saya.
mesti pelik kan.
hah..!
tunggu cerita selanjutnya ok.

ish...
tak boleh tahan la kalu tak cerita.
mesti kene cerita jugak.
ok.
cerita nye bermula dari saya di kejutkan dari alam mimpi oleh seorang sahabat sebelah kamar.
dengan mata yang masih berat disebabkan tak tido semalaman hanya kerana untuk menonton cerita korea "Boys Over Flower".
serious best gile cerita nie.
korang tengok la ye.

dah. continue cerita.
jangan meleret-leret pulak.
saya dengan mamai pun bangun dari tido dan menyiapkan perkakas untuk ke tempat yang dituju.
perjalanan yang memakan masa 1jam lebih tu amat membosankan.
dan akhirnya kami semua selamat sampai ke tempat yang dituju.
nak tahu kemana hala tujuan kami??
jeng jeng jeng...


Lata Kijang lah hala tujuan kami.
untuk pertama kali saya menjejakkan kaki ke Lata Kijang setelah hampir 3 tahun saya menetap sementara kt perak nie.
teruk kan saya.
sesampai je kami disana,
sesi pengambaran bermula.
macam-macam ragam kami ni.
tapi nie la best moment yang saya tak boleh nak lupa.
nie la ragam kami bila dapat camera.







ok cukup untuk sesi penggambaran.
kami semua sangat excited untuk menjelajah kawasan berair di Lata Kijang nie.
then, kami pun siap bertukar dan tiba masa untuk terjun..!!
air dia memang tak boleh tahan.
sejuk gile sampai rasa tahap ke tulang.
actually Lata Kijang lagi best dari Ulu Licin yang selama nie saya dan rakan seperjuangan pegi.

rasa macam dah melalut la dari tajuk sebenar entri nie.
ok kita terus ke tajuk asal.
pelampung hidup..!!
rakan seperjuangan sangat menghargai tempat yang kami pegi.
mereka semua pergi mencuba tempat meluncur.
kecuali saya dan asmiza.
kami berdua tak tahu berenang.
malu kan.
tempat meluncur yang saya teringin nak cuba.

dengan rasa nak mencuba peluncur tu,
saya pun telah mengajak mira untuk merasa kedalaman air untuk memudahkan peluncuran saya.
pada awalnya saya masih lagi merasa kaki saya menjejak batu yang ada didalam air.
tapi tak sampai seminit,
saya dah gelabah sebab saya tak dapat menyentuh batu tersebut.
apa lagi saya pun menggelupur macam orang yang kene minyak panas sehingga menyebabkan mira hilang pertimbangan.
akhirnya saya lemas dan juga telah menekan-nekan pelampung hidup saya.
dapat agakkan pelampung hidup saya tu sapa.
so tak perlu lah cerita dengan lebih lanjut.
kesian pada pelampung hidup saya.
gara-gara saya beliau demam.

tapi yang menyakitkan hati,
para kaum adam yang ada bersama kami boleh blur tanpa membuat apa-apa.
saya rasa kalau dalam masa seminit mereka tak menghulurkan bantuan,
mesti wajah saya akan terpampang di muka depan berita harian.
tajuk akhbar tersebut mestilah tentang saya.
takkan tentang orang lain.

"SEORANG PELAJAR KPMSI YANG TIDAK TAHU BERENANG BERANI UNTUK MELUNCUR KE DALAM AIR DAN DIDAPATI TELAH MATI LEMAS"

mungkin itulah tajuk utama untuk akhbar tersebut jika saya mati.

moment yang tak boleh lupa,
saya menangis dengan begitu teruk sekali.
teringat masa lampau ketika saya di darjah 2.
saya lemas hampir seminit tanpa bantuan.
mintak dijauhkan.
saya takut saya waktu tu.

tapi dengan kejadian inilah yang memberi saya kekuatan dan keazaman untuk belajar berenang.

tempat kejadian.

settle kisah pelampung hidup.
lepas ni kalau ada kesempatan nak beli terus pelampung hidup.
hehehe.


Tuesday, July 27, 2010

Ramadhan Datang lagi

bila dekat nak puasa macam-macam ragam manusia yang kita boleh lihat.
antaranya sahabat saya dan juga diri sendiri.
contoh yang paling terdekat.
masing-masing sedang mempersiapkan diri nak cari duit raya.
seperti sahabat saya Nur Amirah bt Jaafar,
beliau sedang mempersiapkan diri beliau untuk menjual puding, spagethi dengan lagi satu tu saya tak tau nak sebut macam mana.
tapi spesis mee la.
hehe.

sori sayang amik pic ko.
aq suke pic nie..
hehhe..
 
sampaikan beliau telah menyediakan makanan yang beliau nak jual untuk bulan puasa before ramadhan start tau.
beliau kata nak bagi budak-budak rasa dulu.
bagus sahabat saya nie.
saya berkerja keras untk mendapatkan duit poket..

tapi, saya juga tak turut ketinggalan.
saya dan sahabat sebelah kamar iaitu Asmiza Surina dah pun plan nak jual ayam dengan pop corn ayam.
hebatkan kami.
hehehe.
selain daripada tu saya turut jual pad herba.
untuk penambahan duit poket.

apalah kami nie.
sepatutnya bila bulan ramadhan dah nak dekat kami mesti mempersiapkan diri untuk menjalani tanggungjawab yang wajib iaitu BERPUASA.
Tapi kami boleh pulak fikir pasal duit.
puasa pun belum habis ganti lagi.
lepas sibuk dok berjual sana,
dok berjual sini,
puasa pun tonggang terbalik.
tapi insyallah tahun nie saya berazam untuk puasa penuh.
kalau tak ada aral melintang.


bila dah sibuk menjual sana sini,
bila bulan syawal dah dekat,
semua sibuk nak cari baju raya,
langsir raya,
kuih raya,
carpet raya,
cat rumah untuk raya,
macam-macam lagi la untuk raya.
semua perkara nak fikir pasal raya,
tapi bila sampai solat terawikh,
semua macam hampeh.
termasuklah dengan saya sekali.
teruk kan.

saya pun tak tau nak cakap apa lagi pasal ramadhan.
cuma saya harap tahun nie saya dapat puasa penuh dan juga solat terawikh.
amin.. =)

p/s : selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak


Saturday, July 24, 2010

Terasa =(

mesti semua orang pernah ada perasaan terasa atau lebih senang nak paham touching.
saya pun tak terlepas dari tu.
saya akui saya memang seorang yang sangat sensetif.
 sampaikan kadang-kadang tu saya tak dapat nak bezakan yang mana satu gurauan yang mana satu serious.
saya dah cuba untuk tidak mudah terasa tapi saya still tak dapat nak elak.
mungkin saya nie manja sangat kot.
tapi kalau nak dikatakn manja,
saya manja dengan siapa?
dengan bf?
tak. sebab dia tak suka bila saya manja.
saya pun tak tau kenapa.
saya malas nak tanya.
kalau manja dengan family?
juga mustahil.
sebab saya jarang bercakap dengan family saya.
and diaorang pun tak paham dengan perangai saya.
manja dengan kawan-kawan?
mungkin juga.
sebab dengan kawan-kawan je saya boleh luahkan apa yang saya rasa.
dengan bf sendiri pun saya tak berani nak luahkan sebab dia nie ada angin.
kalau mood dia baik,
bolehlah saya bercerita.
kalau mood dia tak baik saya just dapat kemarahan je dari dia.

sekarang nie saya sangat-sangat terasa dengan adik perempuan saya dan juga bf saya.
saya tak tau.
mungkin sebab dari mood saya terasa dengan bf saya,
so saya terbawak-bawak terasa dengan adik saya.
saya taknak cerita kenapa saya boleh terasa dengan mereka kerana saya taknak memburukkan mereka.
even pe pon yang mereka buat pada saya,
mereka tetap sebahagian dari hidup saya.
saya tak cerita lebih lanjut.
hati saya makin sakit dan sebak.


=(

Friday, July 23, 2010

Angan-Anganku

setiap manusia di muka bumi nie mesti ada angan-angan or impian masing-masing kan.
sama lah macam saya.
saya pon ada impian saya sendiri.
tapi untuk entri kali ini,
saya nak share dengan kalian tentang angan-angan atau impian saya bila jadi RAJA SEHARI.
gatal kan.
biar lah.
 
http://www.emocutez.com
 
bila cerita pasal kawin nie saya lah yang akan excited sekali berbanding teman-teman yang lain.
nak pakai ni lah.
nak pakai tu lah.
nak ada nie lah.
nak ada tu lah.
macam-macam la yang saya nak.
kalau boleh nak kalahkan Siti Nurhaliza atau Erra Fazira.
*kau ingat kau artis?? bakal laki kau banyak duit??*
itulah yang akan saya terima kalau bersembang bersama kakak tercinta.
 
 
sedih kan.
nie yang nak nangis nie.
sebab tu saya lebih suke berborak dengan teman seperjuangan.
mereka akan sentiasa menyokong saya.
i luv u guyz.
 
ok stop.!
kita masuk ke ruangan baju pengantin ok.
 
 
BAJU PENGANTIN

saya nak pakai baju pengantin yang kembang-kembang macam Cinderella tu.
mesti cantikkan.
*perasan je lebih*
kenapa saya nak pakai baju pengantin macam tue?
mesti lah ada sebab kan.
sebabnya saya suka sangat tengok cerita Cinderella. 
semua teman-teman tak tahu yang saya minat Cinderella.
hari nie saya telah memberitahu sendiri.
biarlah nak cakap saya budak-budak pon.
saya tak kisah.
saya suka baju Cinderella sebab nampak comel je.
saya pon nak rasa comel jugak bila saya pakai even saya tau hakikat sebenar.
tapi biar lah sebab saya yang nak pakai.
nie lah contoh koleksi yang saya idam-idamkan untuk pakai bila bersanding.
belum baju nikah lagi, potong kek lagi, malam berinai lagi.
mesti panjangkan entri saya kali nie.



tapi, warna baju saya tak akan buat warna putih coz saya nak buat lain dari yang lain.
saya nak guna gabungan warna pink dan juga hijau pucuk pisang ataupun pink dan biru lembut.
warna asas adalah PINK ok.
WAJIB.
selain dari tu,
saya juga akan meminta pereka baju pengantin saya supaya mengubah kepada baju yang menutup aurat sedikit.
kesian kat suami saya nak tanggung dosa saya.
*macam baik je kan*
ok settle pasal baju pengantin.
sekarang kita move pada baju potong kek.
still dalam versi baju lagi ok.

BAJU POTONG KEK
 
baju pengantin untuk potong kek pulak saya still nak pakai ala-ala Cinderella.
melampau kan.
tapi saya nak warna putih je.
nampak macam suci je.
untuk baju potong kek saya nak seksi sikit boleh kan.
hehehe.
macam poyo je saya kan.
tadi cakap tak nak suami tanggung dosa.
ok.
nie lah contoh untuk baju potong kek yang saya impikan.



ok. still dalam versi baju pengantin.
tapi saya nak share dengan kalian tentang baju untuk malam berinai.
untuk malam berinai,
saya pilih yang simple je.
saya pilih baju pengantin moden je.
tak tau la kenapa nak pilih baju pengantin moden.
maybe sebab lebih menutup aurat kot.
entah lah.
saya pon tak tau.
hehehe.
ok.
nie gambar baju pengantin untuk malam berinai yang saya maksudkan.
jeng jeng jeng...




ok. settle bab baju.
sekarang saya nak share dengan kalian tentang pelamin impian saya.
saya tak tau nak cakap macam mane tentang pelamin nie.
so, just gambar je ok.





inilah pelamin impian saya.
korang perasan tak semua pelamin nie mesti ada macam kelambu kat atas tu kan.
saya tak tau apa namanye.
saya nak pelamin yang ada macam kat atas tu.
nampak comel je.
tapi,
untuk kerusi saya akan pilih kerusi asing ye puan-puan dan tuan-tuan.
sebab saya nak bersandar.
penat lah kalau pilih kerusi yang macam kat dalam picture nie.
berapa lama nak kene duduk tegak je.
boleh patah pinggang saya.

actually banyak lagi impian saya untuk berkahwin nie.
contohnya set hantaran, kenduri, majlis kahwin, design kad kahwin, para jemputan and etc.
kalau saya berceloteh dengan lebih panjang lagi,
sampai ke esoklah tak abis saya buat entri nie.

kalau nak tahu dengan lebih lanjut,
jemputlah datang ke persandingan saya dan si dia pada 
3 tahun akan datang.


 

Thursday, July 22, 2010

Ubat oh Ubat



Ubat oh Ubat.
kadang-kadang saya rasa macam diri saya nie pelik.
tak tau la bagi orang sekeliling saya.
mungkin bagi diaorang saya nie bukan pelik tapi PENAKUT.
entah lah.
saya pun rasa macam tu sebenarnya.
saya nie penakut.
saya memang penakut pada kategori makanan kot yang telah diberi nama ubat.
ubat oh ubat.
kenapalah kau boleh tercipta?
tapi kalau kau tak ada mesti merana semua orang kan kecuali saya.
sebab saya memang tak suka pada kau.
hehehe.

pernah ada sekali tau saya demam teruk.
abah dengan mak berkeras suruh saya makan ubat.
saya pun bukan setakat berkeras tapi keras hati, keras kepala,dan sampai keraskan badan tak nak berganjak dari tempat tidur.
teruk kan saya.
cara keras tak jalan,'mak dengan abah pakai cara lembut pulak nak pujuk suruh saya makan ubat.
pujuk punya pujuk.
saya pun terimalah pujukan diaorang yang sangat saya sayangi.

dengan tangan terketar-ketar & badan menggigil bukan sebab gigil demam tapi sebab gigil nak makan ubat.
padahal ubat tu kecik tu.
ngada-ngadakan.
akhirnya dengan lafaz bismillah
saya pun terus menelan ubat yang memang pahit tu.
abah dan mak mula bersorak gembira.
tapi sorakan mereka tak lama.
tak sampai 5minit,
saya hamburkan balik ubat yang telah ditelan dan juga sisa-sisa bahan toksik yang memang sangat wangi baunya ke tilam dan juga selimut saya.
dengan tak semena-mena mak bangun dan terus mengamuk pada saya.
saya pun diam seribu bahasa.
dah kene marahkan.

disebabkan perkara tu lah setiap kali saya demam atau sakit,
saya akan sembunyikan daripada mereka kerana takut untuk makan ubat.
bukan mati pun.
saja je nak ngada-ngada.
kataku kepada diri sendiri.

Tuesday, July 20, 2010

STOP airmata..!!!

STOP airmata..!!
berapa kali dah janji dengan diri sendiri.
tak nak nangis lagi.
tapi still nak keluar jugak.
kalau bukan kerana kau si airmata,
aku tak kan berperang dengan Mohd Khairuldin.
semua sebab kau.
tak tau nak tepati janji.
kenapa mesti nak mengalir jugak??
sekarang kau sendiri dah saksikan akibat daripada perbuatan kau.
tak tau nak bendung langsung.
kalau ye pon kau memang turut sedih dengan tuan punya badan,
jangan lah sampai kau buat tuan punya badan merana..!!
 
 
 
STOP airmata.!!
berapa kali nak ingatkan.
sampaikan tuan kau nak tulis entri dia pon nampak kabur-kabur akibat lempias dari angkara kau.
airmata yang tak tahu malu.
sesuka hati nak keluar tak kira situasi yang macam mana.
kau tak kesian ke kat tuan kau??
merana tuan kau gara-gara kau.
gara-gara kau Mohd Khairuldin hilang entah ke mana.
gara-gara kau.
tuan kau sakit hati.
gara-gara kau tuan kau rasa nak mati.
 
 
bila dah jadi macam nie,
kau AIRMATA..
ada ke penyelesaian yang kau boleh bagi pada tuan kau??
tak ada kan.
kau lagi menambah penderitaan tuan kau dengan mengalir sederas yang mungkin.
 
SEMUANYA GARA-GARA KAU AIRMATA..!!!
STOP airmata..!!

Monday, July 19, 2010

Dia Yang Satu

ok guys.
entri kali nie saya nak menceritakan tentang seseorang yang telah bertahta dalam hati saya selama 6 tahun 2 bulan & 5 hari.
detail kan..
meti lah. sebab dia sangat penting dalam hidup saya.
tengah dok khusyuk nak tulis entri nie.
sahabat tercinta saya Raja Nur Farah Amirah a.k.a jeje telah meng"disturb" saya.
*akibat telah lama meninggalkan tatabahasa, saya failed nak eja disturb dalam bahasa melayu.*

akibat dari gangguan nya itu, saya telah hilang tumpuan untuk menulis entri ini.
ok. continue pada tajuk asal entri ini.
stop pasal jeje.

seseorang yang telah bertahta dalam hati saya ini sudah semestinya seorang lelaki.
kalian nak tahu ke sapa??
kalau tak nak tahu pun saya still nak bagitahu.
coz nie kan blog saya.
so biarlah saya nak bagitahu pun.
nama beliau ialah Mohd Khairuldin bin Mohd Zain.


perkenalan antara kami sangat tidak terduga kerana pada awalnya saya tidaklah berapa menyukai beliau.
atas perkenalan dasar kawan atas kawan,
sesi perkenalan kami pun terjalin.
then, bila dah berkawan kami mula couple.
but saya yang meminta dan menawarkan diri untuk menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih.
malukan.
tapi nak buat macam mana.
semua tu berlaku bukanlah atas dasar saya suka pada beliau.
ini adalah kerana saya telah dicabar oleh kawan saya untuk menjalinkan hubungan bersama beliau.

dengan perangai saya yang memang pantang dicabar,
terus saya menerima cabaran tersebut.
then bila saya dah melakukan cabaran tersebut
saya terus berlalu pergi meninggalkan beliau yang dalam keadaan blur.
esoknya, saya terjumpa dengan beliau dan kalian tahu tak yang saya telah lupa yang saya telah mengatakan something yang beliau pun tak duga.
actually panjang kisah antara saya dan dia. 
saya khuatir bila saya menceritakan kisah yang selanjutnya kalian akan bosan.
so saya akan ringkaskan ceritanya sajalah ok.
perjalanan kisah cinta kami sangat banyak rintangan dan cubaan.
kami berama-sama lalui semua rintangan dan cubaan tu.
saya pun tidak menduga saya akan menyanyangi beliau dengan sepenuh hati saya. begitu juga dengan beliau.
sehingga sekarang kami masih menjalinkan hubungan. 
kami telah berjanji untuk melayari bahtera yang suci dan diredhai Allah.
insyallah.

saya nak pamerkan gambar-gambar ketika kami bersama.
ada antaranya mungkin akan mengakibatkan kalian ketawa terbahak-bahak.
so saya harap kalian enjoy.!







Sunday, July 18, 2010

Terkini Di Hati Ku

entri kali nie mengisahkan something yang terbaru di dalam hati saya.
 macam-macam yang saya nak.
tapi belum tercapai lagi.
sedih kan.
antara-antaranya ialah saya nak tengok wayang cerita Eclipse dengan Mantra.
tapi tak dapat tengok.
nak tengok dengan En.Dean tapi saya jauh dari dia. T_T
nie yang rasa tiba-tiba nak balik JB.
tapi tak boleh balik.
perang dingin dah melanda antara saya dan En.Mat Sah
so, kalau balik mesti malu nak berdepan dengan beliau.
*ego kan saya nie.*



selain daripada tu, saya teringin nak pegi dekat lampu warna-warni yang macam kawan-kawan saya dah pegi.
nak jugak amik gambar kat situ dengan En.Dean
tapi disebabkan "kebizian" beliau yang sangat ketara sehingga tidak dapat menelefon saya walaupun sekejap telah membataskan niat saya.
sangat sedih. T_T





lepas tu saya teringin nak pakai seluar yang En.Dean belikan untuk saya tapi tak muat atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.
*tak nak mengaku yang diri ini telah mengalami pembesaran yang maha dasyhat* T_T



bila difikirkan balik.
bila saya nak dapat semua nie??
terpaksalah tunggu En.Dean mengarahkan saya pulang ke pangkuan beliau.