BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 17, 2012

Impian Menjadi Kenyataan

hye korang. lama gila dah saya tak update entri blog kesayangan saya nie. dah berlapuk dah. bukan tak nak up date. tapi tak ada masa. busy sangat dengan kerja. tapi still tak terlambat lagi kan kalau nak wish "HAPPY NEW YEAR 2012." even saya tau hari nie dah 17 January 2012. bukan tak nak up date tapi kesuntukan masa yang menjadi penghalang untuk saya share dengan korang pasal diri saya, pengalaman saya, then sampai tak sempat nak wish happy new year kat korang semua. mintak ampun maaf la ye even raya belum datang lagi.
ok. dah tak nak bebel panjang-panjang. just proceed pada apa yang saya nak share nie ok.

kalau korang baca entri saya yang dah berkurun zaman tu, saya ada mention yang saya dapat kerja kat McDonald's kan. so, saya nak share dengan korang pengalaman saya berkerja. dalam tempoh yang saya rasa singkat sebab pejam celik dah 3 bulan saya keje. banyak benda yang saya belajar and lalui even yang manis or yang pahit. biasa lah. mana-mana tempat kerja pun mesti ada kenangan manis and pahit also problem yang sememangnya ada.

bila saya start keje kat McD nie, baru saya tau betapa susah nye untuk jadi seorang pengurus yang bijak, baik, ceria, bertanggungjawab dan jugak understanding. bukannye apa, bila dah ada tanggungjawab macam-macam yang saya kene fikirkan. even saya still fresh lagi tapi rasa tanggungjawab tu tetap ada dalam diri. thanx God sebab banyak kenangan manis yang saya lalui sepanjang berkerja kat sini yang mana saya sangat beruntung sebab dapat anak buah yang sememangnya baik, understanding dan jugak selalu ceria. even saya baru dalam bidang nie, diaorang tak pernah lokek ilmu nak ajar saya walaupun jawatan kami berbeza. saya boleh terima setiap teguran diaorang sebab saya nak yang terbaik unuk diri saya dan jugak unuk semua anak buah saya.

saya jugak beruntung sebab dapat bos yang memang sporting dan jugak sangat bertanggungjawab. sejujurnya saya happy sangat-sangat bila kerja kat sini. kalau boleh tak nak transfer mana-mana store. just nak stay store Larkin je.  setakat nie je lah. nanti kalau ada masa lagi saya share dengan korang ok. =)

Saturday, October 8, 2011

Good Bye Hai-O & Welcome McD =)

salam 1 malaysia. 
entry kali nie saya nak berkongsi sedih & gembira yang saya rasa dengan korang. kalau korang baca entri saya yang lepas, saya ada share dengan korang pasal interview keje. itu pun kalau korang baca lah. kalau korang tak baca, pegi baca sekarang!. ini arahan.! hahahahaha. tak lah gurau je. kalau korang tak baca tak pe. saya tak kisah. saya tak paksa pon. ok dah. kita proceed ok.



firstly, i want to say good bye to all family of Hai-o. hari nie, Sabtu bersamaan 08 Oct 2011 jam 3 petang, maka tamat lah perkhidmatan saya di company yang serba maju nie. sedih tu memang lah sedih. sebab saya dapat bos yang memang sporting, keje pon have fun je. family Hai-o yang lain pon memang best giler. semua nya friendly. memang rasa berat hati nak tinggal kan company nie. tapi saya dah dapat rezeki lain. maybe ada hikmah semua nya.

macam-macam yang saya belajar sepanjang saya berkhidmat kat company nie. contohnya, saya belajar cara nak jadi usahawan yang berjaya. macam mana nak cari prospect dengan jaya nya then banyak lagi lah. honestly saya cakap saya sayang semua family Hai-O. susah nak dapat orang yang boleh terima kita baik buruk terutamanya kita nie sebagai pekerja. sepanjang 3 bulan saya berkerja dengan company nie diaorang tak pernah nak sisih kan saya even saya nie just diaorang punya pekerja je. diaorang anggap saya sama taraf je dengan diaorang. memang best. saya tak kan lupa dengan semua tunjuk ajar yang diaorang dah bagi kat saya. i will miss u guys. =(




ok. bermula nya hari Isnin, 10 Oct 2011, saya akan mula berkerja sebagai Training Floor Manager kat McD Larkin selama 3 hari. hopefully saya dapat berikan yang terbaik untuk diri saya untuk capai masa depan saya. saya mintak doa dari korang jugak.
ok lah. bye =)