selamat hari raya korang. even lambat pon, saya tetap nak wish jugak. =)
so, dikesempatan nie, saya nak mintak ampun, mintak maap la yer pada sesapa yang kenal dengan diri saya nie. mana lah tau saya ada terkecik kan hati korang ke, termaki korang ke. kita 0-0 ok. =)
ok. dah cukup nak touching-touching. saya nak nak share dengan korang pasal raya saya tahun nie.
tahun nie memang tahun yang sangat suram bagi untuk sambut raya. saya pun tak tau sebab apa. mybe sebab saya dah makin besar kot. tu yang hari raya nie dah macam tak de seri lagi. kalau dulu masa kecik-kecik boleh la nak mintak duit raya. sekarang, saya pulak yang kene bagi duit raya. tak best sungguh. agak nye nie lah kot perasaan orang yang kene bagi duit raya kan. hahahaha.
seminggu raya saya tak beraya kemana-mana pon. just pegi rumah buah hati pengarang jantung je la. then kitaorang tengok wayang. sama macam raya tahun lepas. sangat bosan kan. so, masa cuti saya banyak habis kan masa duduk rumah dengan dating je. memang tak best langsung. then bila dah naik keje tu. mula lah rasa malas semacam je. ye la. dah syok bangun tido matahari dah tegak atas kepala. lepas tu kena buat rutin harian macam biasa. bangun pagi-pagi nak cari rezeki.
nie baru saya nak start cerita. meh duduk dekat-dekat. 1st day keje after holiday, member pulak ajak beraya. giler ke hapa? aku dah lah keje mana ada masa nak pegi beraya. masa aku tengah cuti tak de pulak yang nak ajak aku beraya. buat aku hangin je. tapi, saya tenagkan hati sendiri. tak pa lah. tahun depan ada lagi raya. tak pun bila-bila saya bpleh pegi sebab tak semestinye raya je pintu rumah saya tu terbukak. betul tak? setengah jam lepas tu, member saya yang kecik molek call. Sarinah tuan empunya nama. dia call cakapa nak beraya. ish. menguji tahap kesabaran betul lah. saya memang tak boleh nak sabar terus cakap. "ena, kau suruh zainol ambik aku sekali. aku belum lunch. so, boleh bagi reason aku nak lunch." akhirnye, dapat jugak saya beraya. dapat makan free kan. sapa yang tak nak. tapi, alangkah sedihnye sebab saya beraya tak pakai baju raya. pakai baju biasa je. dengan muka macam hantu kubur. tak bermekap. kebetulan hari tu pegi keje memang selebet gila. hambik kau. beraya rumah orang dengan serabai. =(
korang tak caye, meh tengok gambar saya masa beraya hari tu.
ada sesapa yang tak malu nak bawak saya berjalan kalau dah selekh gini ghupenye?
tapi, saya tetap tak puas hati. saya cakap malam nie kita mesti beraya lagi. tak nak lah korang je yang lawa. aku hodoh je. akhirnye, perjanjian pon termeterai. so, malam tu, saya balik keje je terus siap-siap. nak collect duit raya. hehehe. malam tu just dapat beraya 1 buah rumah je. rumah Zainol. ye la rumah baru. dah lama berkawan dengan dia, baru tahun nie dapat pegi rumah dia. rumah mahal lah katakan. saya tak nak bahas panjang-panjang sebab nanti ada lagi cerita pasal raya. nie. malas nak update banyak kali. so, masuk kan je semua biar jadi macam sambal belacan. macam-macam rencah ada. =)
raya kitaorang bukan setakat sampai sini je tau. kitaorang plan lagi. nak beraya. so, last week last kitaorang beraya sebelum Sarinah berangkat pegi Sarawak untuk menunaikan kewajipan dia sebagai student. wah...! ayat aku. hambik kau. =)
kitaorang plan nak beraya bertiga pada awal nye. tapi macam mana boleh jadi berlima. ok lah. best gila. ada hikmah jugak. Zainol dapat kawan baru. saya pulak berkesempatan jumpa kawan sekolah dulu.
ok. first destinasi yang kami tuju rumah nisa. dia classmate saya masa Form 4 until Form 5. best la dapat jumpa kawan lama balik kan. meh saya tunjuk gadis ayu nisa nie. kalau korang nak view blog dia pun boleh Terjah Sini.
hah, adik manis bertudung litup warna merah nie lah nisa. ayu kan dia. =)
ok. destinasi seterusnya. kami menuju ke Kulai. nak melawat keluarga yang dilanda masalah. tenang rasa hati bila dah berjumpa terus dengan beliau.
nie lah rumah beliau. mari kita doakan kesihatan beliau ye. saya dah anggap beliau macam mak saya sendiri. =)
ok, next destination. memang saya tak sabar-sabar nak jumpa dengan sorang budak nie. dari kecik sampai besar tetap comel. dialah kawan masa saya kecik-kecik dulu. main masak-masak sama-sama. berebut budak laki yang sama pun ada jugak. hehehe. tapi tue dulu masa kecik-kecik. tak kenal apa pun. kami terus pegi Senai tau. rumah saya dulu. nak tengok sapa dia? meh saya tunjuk.
nie lah dye. Siti Hanisah. comel kan. saya admire kat dia dari kecik lagi tau. comel sangat-sangat. jom kita cuci mata lagi tengok gambar. =)
ok. jom kita beraya rumah orang depan pulak ye. =)
sampai sini je lah enri saya kali nie. jumpa di entri yang akan datang ok. =)
follow cnie ;)
ReplyDelete