BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 10, 2015

Badi Ular

Hye korang malam nie aku nak share dengan korang pasal badi ular. Nie disebabkan aku rasa hubby aku dah terkena badi ular lepas balik mancing 2 ari lepas. kalau ikutkan hubby aku nie memang tak percaya dengan benda-benda halus nie.. Susah nak berbual dengan dia kalau pasal benda halus nie.. Macam aku, family aku dah ada sejarah berkaitan dengan benda-benda halus nie.. Terutama kakak aku yang second.. dye memang lemah semangat & mudah sangat berkait dengan alam ghaib nie. tapi hopefully mintak dijauhkan because sekarang alhamdullilah kakak aku dah menjalani terapi untuk kuat kan semangat. aku nak share lah sikit dengan korang petikan hadis Al-Quran yang aku search.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-A‘raf ayat 27)
إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Terjemahan:
"Sesungguhnya dia (jin) dan pengikutnya-pengikutnya melihat kamu, dari satu tempat yang kamu tidak berupaya melihat mereka. Kami telah jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang yang tidak beriman."
Walaupun demikian, jin mempunyai keupayaan untuk menjelma diri berupa manusia, binatang berkaki empat, ular, kala jengking dan burung. Kebanyakan jin akan menjelma sebagai anjing hitam atau kucing hitam. Warna hitam memperlihatkan kekuatan syaitan dan kekuatan membakar.
Dengan sebab itulah, Rasulullah s.a.w melarang kita daripada membunuh ular yang berada di dalam rumah. Bahkan, kita disarankan agar terlebih dahulu memberi amaran terhadap ular tersebut sebanyak tiga kali agar meninggalkan rumah kita, atau tidak ular tersebut akan dibunuh kerana kemungkinan ular itu adalah jelmaan jin ataupun syaitan.
أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْهَوَامَّ مِنْ الْجِنِّ فَمَنْ رَأَى فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فَلْيُحَرِّجْ عَلَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنْ عَادَ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
Terjemahan:
Abi Sa‘id al-Khudri berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya ular itu adalah daripada jin, maka barang siapa melihat dia di dalam rumahnya, ia hendaklah menyuruh keluar tiga kali, sekiranya ia datang lagi, maka dia hendaklah membunuhnya, kerana ia adalah syaitan."[1]

ok aku proceed dengan kes hubby aku nie. 2 ari lepas kan dia pegi mancing kat Sungai Layang Tiram. balik dari mancing hubby cite dekat aku kaki dye sakit. aku tanya kenapa. aku ingat dia jatuh or tersandung ke masa tengah mancing. tapi dye cakap tak. aku terkejut lah. aku cakap kalau tak jatuh or tersandung macam mana boleh sakit. the bermula lah dye cite kat aku.. "dalam pukul 3 pagi lampu dekat jeti yang hubby aku mancing tiba-tiba mati or blackout. then dye terdengar ada benda berat yang jatuh. bila hubby suluh pakai lampu picit, hubby nampak seekor ular warna hitam berada lebih kurang 3 kaki jarak dengan tempat hubby berdiri. hubby tak boleh bergerak, so dye suruh kawan dye halau kan ular tu. then ular tu pon dengan selamat lah larikan diri dye. tapi, esok harinya dalam pukul 10pagi, hubby dok borak-borak dengan kawan dye yang lain pasal kejadian semalam, eh tiba-tiba ular tu boleh menjelmakan diri pulak. kelam kabut masa tu. then nak dijadika cerita, hubby nie dalam keadaan kelam kabut dok menjerit "pukul kepala dye!!!!" kawan hubby pon terus pukul kepala ular tu sampai ular tu lari.. tak sampai bape minit, hubby terus jatuh terduduk sebab dye rasa kepala lutut sakit sangat macam kene pukul. and now kepala lutut hubby bengkak and hubby tak boleh jalan macam biasa. kesian hubby."

"nampak tu lutut hubby aku bengkak"

sekarang nie aku nak cari orang yang pandai berubat untuk badi ular nie. aku takot nanti melarat. nak mintak tolong abah aku tak sampai hati pulak. abah aku dah tak kuat. 
ok lah sampai sini je entri aku kali nie. esok aku update yang lain pulak ok. =)
see u...




p/s : before aku lupa, aku nak share keratan news pasal badi ular nie yang aku jumpa dalam internet. hope korang enjoy ok. 

LELAKI KENA BADI ULAR SELEPAS SEKSA DAN BUNUH BINATANG ITU


Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.
Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.

Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI


Sunday, February 8, 2015

Masa Yang Terluang

Selamat malam korang..susah betol aku nak curi masa nak update entry aku nie. ashik busy je dengan keje.. so, malam nie aku curi masa sikit. sementara cik abang dah dibuai mimpi yang indah. ok lah for this time aku dah takde kawan macam dulu. aku just closed dengan anak buah aku & adik aku yang dulu memang tak pernah nak ngam. kalau jumpa confirm mesti masam muka or gadoh. ada je yang tak kene.. but now alhamdullilah kitaorang dah ok..maybe dulu aku ashik keje & sibuk dengan kawan. tapi sekarang masing-masing dah ada life & adik aku pon dah stay rumah mak aku dengan anak dye.. tu yang kitaorang kerap jumpa.

At this moment aku rasa better aku closed dengan family dari orang luar.. ye la aku kan dah bersuami..nanti kalau terlalu closed dengan orang luar boleh terjadi fitnah pulak..
so, nak dijadikan cerita semalam cik abang pegi memancing.. memang itulah hobi cik abang aku. memancing je.. nasib baik suka mancing ikan je bukan mancing pompan..kalau mancing pompan memang cari nahas la kan.

ok proceed to the story. aku dah lama tak manjakan diri aku. it is because terlalu busy keje. so semalam aku ada masa terluang & pada masa sama cik abang takde, aku pon pegi salon nak manja kan diri.. niat hati nak potong rambut pendek coz aku dah rimas dengan rambut yang panjang & curly aku nie.. tapi sayang pulak so aku decide nak biar je.. just rebond je rambut aku nie.. aku pegi dengan anak buah aku.. sanggup balik keje pukul 9pagi terus pegi salon yang jauh.. kitaorang pegi sampai kangkar pulai "habaq hang" semata-mata ak buat rambut..

apa-apa pun aku happy dapat closed dengan family sendiri which is aku boleh spend time dengan dyeorang & boleh cerita apa je masalah aku even though dyeorang tu lagi muda dari aku tapi tak kisah coz dyeorang dah ada pengalaman berkeluarga same with me.. so kiteorang selalu share rahsia rumahtangga. =)

p/s : sory kalau korang bosan baca etri aku.. dah lupa cara nak bercerita.. =(