BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 22, 2010

Ubat oh Ubat



Ubat oh Ubat.
kadang-kadang saya rasa macam diri saya nie pelik.
tak tau la bagi orang sekeliling saya.
mungkin bagi diaorang saya nie bukan pelik tapi PENAKUT.
entah lah.
saya pun rasa macam tu sebenarnya.
saya nie penakut.
saya memang penakut pada kategori makanan kot yang telah diberi nama ubat.
ubat oh ubat.
kenapalah kau boleh tercipta?
tapi kalau kau tak ada mesti merana semua orang kan kecuali saya.
sebab saya memang tak suka pada kau.
hehehe.

pernah ada sekali tau saya demam teruk.
abah dengan mak berkeras suruh saya makan ubat.
saya pun bukan setakat berkeras tapi keras hati, keras kepala,dan sampai keraskan badan tak nak berganjak dari tempat tidur.
teruk kan saya.
cara keras tak jalan,'mak dengan abah pakai cara lembut pulak nak pujuk suruh saya makan ubat.
pujuk punya pujuk.
saya pun terimalah pujukan diaorang yang sangat saya sayangi.

dengan tangan terketar-ketar & badan menggigil bukan sebab gigil demam tapi sebab gigil nak makan ubat.
padahal ubat tu kecik tu.
ngada-ngadakan.
akhirnya dengan lafaz bismillah
saya pun terus menelan ubat yang memang pahit tu.
abah dan mak mula bersorak gembira.
tapi sorakan mereka tak lama.
tak sampai 5minit,
saya hamburkan balik ubat yang telah ditelan dan juga sisa-sisa bahan toksik yang memang sangat wangi baunya ke tilam dan juga selimut saya.
dengan tak semena-mena mak bangun dan terus mengamuk pada saya.
saya pun diam seribu bahasa.
dah kene marahkan.

disebabkan perkara tu lah setiap kali saya demam atau sakit,
saya akan sembunyikan daripada mereka kerana takut untuk makan ubat.
bukan mati pun.
saja je nak ngada-ngada.
kataku kepada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment