BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 4, 2010

The best Moment of Gua Tempurung



makin dekat nak muncul bulan yang sangat mulia,
makin banyaklah aktiviti yang saya lakukan bersama sahabat-sahabat tercinta.
antara aktiviti yang kami lakukan bersama adalah menonton wayang, meluangkan masa bersama kekasih terbaru saya dengan menonton cerita Boys Over Flower yang dilakonkan oleh beliau.
Gu Jun Pyo tetap di hati.

selain dari itu,
kami juga turut meluangkan masa bermandi-manda di Lata Kinjang.
saya telah memperbetulkan sebutan dan ejaan saya setelah diejek oleh teman-teman yang lain.
Lata Kinjang ok bukan Lata Kijang.

baru-baru ni saya telah meluangkan masa bersama rakan seperjuangan dengan aktiviti yang lasak. 
pada awalnya mengikut perancangan ramai rakan-rakan seperjuangan akan turut menyertai.
tapi biasa lah janji melayu.
bila dah sampai hari yang telah dijanjikan,
semua hilang.
ada yang demam,
tak boleh bangun pagi,
yang tak nampak hidung langsung pun ada. 
so, kesudahannya hanya kami bertiga sahaja yang pergi untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. 

tempat yang telah menjadi perancangan untuk kami bertiga adalah Gua Tempurung.
pada awalnya saya tak menyangka memang best gila tempat yang kami akan pergi.
sebab saya tak pernah sampai lagi ke sana.
bila dah sampai sana saya sangat teruja sebab memang cantik sangat-sangat tempat nie. 

setelah sampai, kami terus menuju ke kaunter pembayaran untuk membeli tiket masuk.
kami memilih second adventure untuk percubaan kami yang pertama.
harganya juga sangat berbaloi.
hanya RM11.00 sahaja untuk dewasa.
settle beli tiket, kami ke kedai yang berhampiran untuk membeli torchlight dan juga mineral.
 hampir setengah jam menunggu, ekspidisi kami pun bermula.



pada peringkat awal kami diperkenalkan tentang keajaiban yang berlaku akibat dari titisan air dan juga najis kelawar yang ada di dalam gua tempurung.
masyallah..
sangat cantik dengan keajaiban yang terbentuk.
satu keajaiban yang sangat saya tak sangka adalah terbentuknya imam makmum yang terbentuk dari titisan air yang ada di dalam gua.

selesai sesi pengenalan kami bermula dengan aktiviti yang mencabar.
kami harus menaiki anak tangga yang berjumlah 3ribu lebih kalau tak silap saya.
saya pun lupa . (-_-')

penat menaiki tangga,
kami dikejutkan pula dengan acara menggelungsur dalam gua.
saya sangat takut tapi serious best.
sehinggakan tapak kasut saya yang bersaiz 7 itu telah terkena muka salah seorang student UITM kalau tak silap yang menjadi tukang sambut.
really-really sorry to that guy.

bila dah settle menggelungsur,
kami harus menyeberangi anak sungai yang berada dalam gua.
baru saya tahu dalam gua ada sungai.
tu la.
bila suruh study sejarah masa Form5,
asyik tido je kat belakang kelas.
padan muka tak tau yang dalam gua ada sungai.
tapi, subject sejarah ke yang belajar pasal gua?
ok whatever.
abaikan.. (-_-')

panjang juga anak sungai yang ada dalam gua tempurung nie.
kami menyusuri anak sungai sehingga kami jumpa jalan keluar.
sangat best sehingga tak terkata.
saya hanya mampu cakap sangat rugi pada rakan-rakan seperjuangan lain yang tidak menyertai kami.
ikut perancangan kemungkinan after raya kami akan pergi lagi sekali ke gua tempurung tapi kami akan pilih yang betul-betul adventure.
sapa-sapa yang nak join meh la.
tapi yang betul-betul nak la.
ok.
saya persembahkan gambar-gambar yang sempat kami ambil sewaktu ekspidisi ini berjalan.
enjoy. =) 

menunggu masa untuk masuk kedalam gua tempurung.

ekspidisi kami bermula.

saya orang yang paling depan mengikuti en.gua tempurung. (excited)

lepas menghilangkan gemuruh akibat menggelungsur.
syimir yang excited jumpa sungai dalam gua.





 

No comments:

Post a Comment