BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

Jatuh Cinta Lagi

Fall in Love with him..
saya sangat teruja dan sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat 
jatuh cinta dengan dia.
saya sampai termimpi-mimpi akan dia.
dialah pengarang jantung hati saya buat masa ini.

thanks to sahabat sebelah kamar "Amirah Jaafar" kerana telah memperkenalkan saya kepada dia.
pada awalnya saya tidaklah begitu meminati dia.
tapi saya tak tau kenapa dengan tiba-tiba hati saya terjatuh cinta pada dia sejak semalam.
saya sangat excited bila terlihat dia.

sahabat sebelah kamar telah bertanyakan saya soalan-soalan yang berkaitan dengan dia.
Asmiza Surina memang akan bertanyakan persoalan-persoalan yang mungkin akan terjadi pada masa hadapan.
sahabat saya ini sememangnya sangat berfikiran jauh.
sehinggakan perkara yang berkaitan dengan dia yang telah mencuri hati saya yang saya tak yakin akan menjadi kenyataan pun sahabat sebelah kamar saya boleh persoalkan.

persoalan yang sahabat sebelah kamar saya pertanyakan adalah seperti ini. :
"mai, andai kata kau ada rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara and tempat yang kau dapat memang dekat dengan dia,
then memang jodoh kau dengan si dia,
apa kau nak buat??
then, bila kau dh couple dengan dia,
mestilah ramai yang minat kat dia.
apa yang kau nak buat kalau andai kata ramai perempuan yang memang tergila-gilakan dia then kau tahu pasal background dia memang teruk.
apa yang kau nak buat?
kau nk teruskan or kau tinggalkan je dia?"

saya tak tahu apa nak jawab sebab saya tau semua kemungkinan yang sahabat sebelah kamar saya persoalkan tadi tak mungkin akan menjadi kenyataan.
sangat sedih...

mesti kalian semua nak tahu siapa dia yang telah berjaya mencuri hati saya.
ciri-ciri dia yang telah berjaya mencuri hati saya :
  • dia seorang yang memang sangat tampan dan bergaya
  • memang digilai ramai bukan sahaja wanita malah lelaki juga.
  • seorang yang sangat kaya
  • sangat romantik 
  • sangat setia
  • selalu protect orang yang di sayangi.
 nielah sebab musabab kenapa saya boleh jatuh cinta dengan dia.
mesti kalian tertanya-tanya siapa gerangan orang yang saya ceritakan.
inilah dia orang yang telah mencuri hati saya.
jeng jeng jeng..!!




nama beliau ialah  Lee Min Ho.
nama yang telah membuat saya jatuh hati pada dia ialah Gu Jun Pyo.
dia adalah pelakon utama untuk filem Boys Over Flower.
saya sangat sangat jatuh hati dengan dia.
inilah jejaka yang telah mencuri hati saya.


I LOVE HIM SO MUCH...

No comments:

Post a Comment