BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 12, 2010

Raya 2010 & Hadiah Syawal

Selamat Hari Raya untuk semua readers yang saya sayangi.
raya tahun nie memang sangat bermakna untuk saya dan juga keluarga yang tersayang.
tahun nie kami sekeluarga tak ada tema untuk baju raya.
so, tahun nie adalah tema bebas untuk kami sekeluarga.
jadi barulah ada suasana dan jugak warna warni aidilfitri.
tema saya tahun nie adalah coklat.
so, tema yang telah saya rancang bersama buah hati pengarang jantung saya yang kami memilih warna krim terpaksa dibatakan atas sebab buah hati pengarang jantung saya cakap warna krim tu tak cantik.
puas jugak la kami bersiar-siar untuk mencari baju raya yang sama warna.
kami mengambil masa selama 2 hari untuk mencari baju yang betul-betul mengikut citarasa dan ulam jantung kami.
akhirnya kami decide untuk memilih warna coklat.
korang nak tengok ke baju kami?
malu la nak tunjuk. (-_-')
nie la baju kami.
jeng jeng jeng.....!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

firstly mestilah gambar owner blog kan. =) 

nie lah kami. saya gemok. TIDAK..!! =(

sama warna kan. =)


cukup sudah koleksi raya kami.
yang lain tu biarlah untuk tatapan saya dan dia.
berbalik pada tajuk entri nie.
korang perasan tak ada dua tajuk untuk entri kali nie?
sebab kemalasan dah menguasai diri,
so saya combine je la ok.


hadiah syawal yang saya maksudkan ialah
saya dapat ahli keluarga baru.
yeay..!!
saya dapat anak buah baru pada raya pertama.
best kan.  

saya nak share la jugak perasaan gembira dapat anak buah baru even anak buah saya dah berderet-deret ramainya.  
tapi anak buah saya yang kali nie lahir pada bulan syawal. 
so dia sebagai satu anugerah khas la sebab lahir bulan syawal, hari jumaat pulak tu.
anak buah saya seorang baby perempuan.
sangat comel.
tapi gambar nye saya tak sempat nak upload.
nanti saya akan adakan entri khas untuk si comel nie.
opps.
sebelum terlupa.
nama anak buah saya ialah Nur Fitri Qaisarah.
sedap kan nama nya.
hope dia akan jadi orang yang berguna.
Amin... =)

Wednesday, September 8, 2010

Teman Dikala Zaman Kanak-Kanak Ribena

SKTP.
for those yang tau apa maknanya ok la.
tapi untuk readers saya yang lain yang tak tau.
meh saya bagitahu.
SKTP = Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri.
mesti korang tertanya-tanya apa function saya bagitahu kan.
actually nie la sekolah saya di zaman kanak-kanak ribena dulu.
tapi saya tak lah bersekolah dari darjah satu.
awal perjalanan hidup saya disekolah ini pada tahun berapa saya tak ingat. T_T
tapi saya mula join sekolah nie masa saya darjah empat.
kawan pertama yang saya kenal masa mula-mula join sekolah nie adalah seorang lelaki yang mulut dia sekarang makin becok.
mengalahkan mulut murai.
korang nak tengok ke sapa dia?
tak payah la kot.
nanti kalau saya pamerkan kat sini kembang pulak dia.
tapi tak pa lah.
nanti at the end of the story saya akan pamerkan jugak gambar kamu wahai si mulut murai yang tercabut ekor. =)


saya rasa macam tak ada apa yang nak diceritakan.
sebab terlalu teruja dan seronok dapat berjumpa kembali dengan teman dikala zaman kanak-kanak ribena.
saya rasa korang boleh tengok gambar-gambar dan juga aksi-aksi kami semua.




sebelum masuk ke dalam Hotel Seri Malaysia untuk berbuka bersama. perkara wajib. bergambar.





saya belom ready lagi.. =( 


hero-hero SKTP

juliana & shak

 inilah dia hamba Allah yang pertama sekali saya kenal masa join sekolah nie. Syafiq nama tuan punya badan. =)

rahimah & ami najva

mira & fafa

din, zul, azlee. lagi sorang tak tau nama. sory. =(











ok. cukup untuk gambar.
p/s : sory ami najva, saya ambil pic nie dari awak without permission. =)

Sunday, September 5, 2010

Home Sweet Home

salam readers.
selamat menyambut hari lebaran yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi.
disebabkan saya sangat exited bila sampai ke rumah.
saya lupa nak share dengan korang semua.
mintak maap banyk2.

saya sampai ke kampung halaman pada 3hb malam.
cepatkan.
memang la.
habis je anta Puan Mananging People pagi tu,
saya terus bekejar balik.
tak sabar2.

sebelum tue,
saya nak berterima kasih kepada Cik adik manis yang telah berbaik hati memberi saya tumpangan.
Nada Safwanah.
betul ke saya eja nama awak?
kalau salah sila betulkan sendiri.
hahaha.
eh eh.
lawak je Nada.
kalau salah saya mintak maap ok.
sesampai saja di Terminal Larkin,
saya telah dijemput oleh Pangeran yang menjadi igauan siang dan malam saya.
Pangeran tu sudah semestinya dia yang bertahta di hati saya.
Mohd Khairuldin...
saya sayang awak lah.
terima kasih sebab sanggup tolong bawakkan barang saya yang banyak.
terima kasih jugak sebab awak tak complain saya makin gemok.
terima kasih sebab sudi belanja berbuka.
awak macam tau-tau je saya memang tengah lapar.
terima kasih juga sebab awak tolong bawakkan barang saya sampai rumah.
terima kasih juga atas hadiah yang saya tak jangka akan dapat secepat ini.
ish. banyak sangat terima kasih saya pada awak.
mesti korang penatkan nak baca ayat yang sama kat depan.
memang saya suka buat korang baca banyak kali.
ok stop pasal terima kasih.

balik rumah je terus keluar dengan buah hati pengarang jantung saya.
tengah malam pulak berborak-borak dengan ayahanda tersayang.
then terus masok tidor sebab activiti untuk esok harinya lebih mencabar.
mencabar ke?
tak ada la mencabar sangat.
just nak buat kuih raya je.
kalau ikotkan bonda kesayangan.
dia nak kuih tunjuk je tahun nie.
tapi saya bangkang.
kuih tunjuk nie tak sedap.
better buat sendiri.
bonda pun mengaku kalah and terus beli perkakas yang diperlukan.
tapi dengan syarat tau.
saya yang kena buat kuih.
tak jadi masalah.
korang nak tau ke kuih apa yang saya buat?
bila dah lama tak testing power.
tak menjadi lah kan.
untuk pertama,
bancuhan saya tak jadi.
malu pada diri sendiri dan juga adik saya.
dia yang tolong mengubah suaikan bancuhan saya.

tapi bancuhan yang kedua jadi tau.
power saya dah datang balik.
jangan jeles. :P
korang nak tengok ke kuih yang saya buat?
tak takot korang teliur ke bile tengok?
kalau korang terliur jangan salah kan saya tau.
saya tak bersalah.

kuih nie bancuhan kedua. yang nie jadi tau. rangup. nama kuih nie biskut nestum.


 nie la kuih yang bancuhan tak jadi. tapi still sedap tau. nama kuih nie. biskut dua muka. =)

yang ni pulak semua koleksi kuih yang ada di rumah saya. tak termasuk dengan kerepek lagi. kuih tunjuk lagi.


p/s: terliur tak?
kan saya dah cakap tadi.
tapi korang degil.
=)