BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 13, 2011

Khas Untuk Awak =)

kepada awak yang sangat saya sayangi & kasihi. saya bukan orang yang bodoh just kurang pandai je dari awak. saya tau awak memang lagi bijak dari saya tapi tak bermakna awak boleh pijak saya. =)
kenapa pasal benda kecik pun awak mesti nak bagitau kat semua orang?? memang tu perangai awak ke? sori lah. saya nie memang langsi. kalau tak suke boleh la tekan je tanda pangkah kat belah atas bahagian kanan laptop awak tu. sekian. =)

kalau nak diikutkan, saya rasa saya lagi banyak kot dengar cerita yang bukan-bukan. sebab setahu saya, saya tak pernah pun nak cerita yang bukan-bukan pasal awak. even ada yang tak berkenan pun just pendam dalam hati je. malas nak cari gadoh & saya bukan jenis orang yang suka cari populariti dengan buat cerita yang bukan-bukan. actually saya tahu awak memang dari dulu tak suka saya. tapi saya tak kisah. bukan nya apa. saya kawan dengan awak ikhlas. so saya buang jauh-jauh perasaan yang boleh mendatangkan kekeruhan dalam persahabatan. (wah ayat.. hambik kau. tak boleh blah)

saya pun tak tahu kenapa awak tak suka dekat saya. sebab apa yang saya perasan kalau apa-apa yang awak tak puas hati mesti saya sorang je yang kena. mungkin saya nie tak ada apa-apa advantage untuk awak kan. sebab tu lah awak boleh buat saya macam nie. saya diam je. kalau nak diikutkan memang dah lama dengar benda yang tak sedap macam nie masuk dalam telinga. tapi saya buat-buat pekak je. dengar tak dengar je lah. saya tak kisah lepas awak baca entri nie awak nak serang saya ke, awak nak halau saya ke. serious saya memang tak kisah. sebab apa yang saya tahu saya bayar sewa rumah setiap bulan. memang awak yang cari rumah nie. tapi kita bayar sama-sama kan. saya tak mudah mengalah macam mana awak buat pada mereka-mereka yang lepas. sebab lepas apa yang jadi saya dah tahu sapa awak.

saya nak cakap lah kat awak. saya tak kisah pun awak nak bercerita pong pang pong pang kat semua orang yang semua nie salah saya. sebab sebelum kes "Taik" nie timbul tak jadi masalah pun bila saya tak tegur awak. kenapa lepas kes "Taik" nie timbul awak mula pertikaikan yang saya tak nak tegur awak? macam pelik kan. biasa lah. hati manusia nie memang tak pernah puas. awak bukan "Diva" ok setiap masa nak kena bertegur sapa. mungkin sebab muka saya nie susah nak senyum kat awak kot. honestly la saya cakap. kenapa saya susah nak senyum kat awak semua sebab apa yang awak buat pada saya. saya kalau boleh tak nak ungkit benda yang lepas. tapi bila awak dah mula menunjukkan yang awak akan memulakan perang. saya pun nak mulakan kan exercise saya. tak nak pulak nanti awak serang saya, saya yang terkial-kial.

berbalik pada kes "Taik" tu pulak. saya tak marah pun awak bagi notes & tampal kat pintu bilik awak. serious saya tak kisah. tapi saya rasa tindakan saya betul lah. saya letak ibu kucing & anaknya kat tempat yang selamat. saya tak nak benda yang sama berulang balik. nak cakap saya pukul kucing? saya belum gila lagi la. saya just halau kucing tu dari masuk dalam rumah semata-mata nak jaga hati awak. nanti kucing tu mesti berak kat tempat yang sama even saya tahu awak dah bertungkus lumus membersihkan sisa-sisa taik tu. saya nie kan pakar kucing. tak baik lagi ke saya nie? jahat lagi ke saya nie kat mata awak? kalau saya nak ungkit semua cerita yang saya dengar & saya nampak sendiri apa yang awak buat dekat saya jenuh 2 hari 2 malam baru siap entri nie.

sekarang nie saya tak tau apa yang awak dah canang kat orang sekeliling awak sampai kan mereka pun turut serta berkelakuan macam awak. kalau tu cuma perasaan saya sila lah maafkan saya. kalau awak tak nak maafkan saya, "ada saya kisah". saya tak hadap nak berkawan orang macam awak nie. nak mengata saya yang suka cakap belakang pasal awak. tolong la. awak ingat awak artis yang paling "ngetop" kat Seri Iskandar nan permai nie ke? kalau dengan orang lain maybe awak boleh la berlagak tapi dengan saya sorry too say la. awak nak cakap saya nie bajet kuat ke? yup..! memang saya kuat sebab saya lebih gemuk dari awak. sebab tu la saya kuat. nak compare berat badan pun memang saya lah yang juara. tapi saya tak kisah. saya memang tak heran orang macam awak nie. saya memang dah lama diam je. malas nak layan kerenah awak. tapi makin saya diam makin awak melampau. awak jangan ingat saya diam sebab saya takut dengan awak. sikit pun saya tak pernah takut dengan awak. 

bila hal macam nie dah berlaku, awak memang pandai persuade orang untuk dengar cakap awak. awak mesti cerita yang buruk-buruk pasal saya kan. no wonder la awak kena pulau dulu. memang patut pun. sekarang nie awak nak saya pun rasa macam mana awak rasa kan. hoestly saya cakap saya tak heran. saya tak peduli apa orang nak cakap pasal saya. sebab semua yang orang bercakap tu datangnye dari mulut awak. kalau dari mulut awak tu memang saya tak percaya langsung. sebab awak nie memang langsung tak boleh pakai. awak memang bukan sahabat saya. it just awak sekadar atas nama "kawan" je. kalau awak sahabat saya awak takkan sekali-kali buat saya macam nie. saya memang menyesal sebab jumpa orang macam awak. saya jadi menyampah la bila awak buat status sedih la apa lah. awak jangan asik nak tuding jari pada saya sorang je. kalau awak yang tak mulakan cerita-cerita panaz pasal saya, benda yang sama tak jadi pada awak jugak. no reason lah kalau awak nak cakap saya nie suka cakap yang bukan-bukan pasal awak. dah berapa kali saya cakap awak bukan "Diva". awak dah hasut semua orang yang saya rapat. saya tak kisah. saya masih ada mak bapak saya yang kenal perangai saya macam mana. saya still ada buah hati saya yang sayang pada saya even dia memang selalu mendatangkan masalah pada saya. tapi saya tak kisah. dia still ada untuk saya bila saya perlukan dia. 

macam-macam yang saya fikir pasal awak nie tau. mungkin sebab perangai awak yang depan orang punya lah baik tapi belakang kutuk kaw-kaw punya kat kawan sendiri. memang patut semua kawan awak lari. bila saya fikirkan balik menyesal saya dengar dari sebelah pihak je. saya tak dengar dari pihak yang satu lagi. sebabkan awak jugaklah kot mereka-mereka memang tak tahan then terus pindah. saya rasa awak tau sapa kan. tak payah la saya mention nama dia. tak nak pulak nanti diaorang ingat saya sebelah kan diaorang. bagi saya benda yang dah lepas tu lepas la. kalau awak nak tau semenjak saya kenal dengan awak nie lah saya dah mula ada musuh. dulu before kenal awak hidup saya tenteram je. tak de pun nak bergaduh dengan sesapa nak bermusuh dengan sesapa. kalau awak nak tau gadoh-gadoh nie bukan zaman saya lagi dah. gadoh-gadoh nie masa saya sekolah lagi. saya bukan nak tunjuk kuat la. tapi seingat saya buku rekod disiplin saya tu dulu penuh dengan masalah disiplin. bergadoh nye lain, cabut sekolah nye lain, ponteng kelas nye lain. banyak lagi lah. eh, saya baru je usha blog awak tadi. awak ada menceritakan pasal saya. kenapa tiba-tiba terus delete entri tu? saya tak kisah lah. ops..! saya tau. mesti awak tak nak nanti orang persalahkan awak kan. sebab awak tau saya mesti balas balik apa yang awak buat. tak pe lah kalau awak dah delete entri tu. saya tetap akan post entri nie. nie kan blog saya. suka hati saya lah nak cakap apa. kalau orang lain baca entri saya nie mesti diaorang cakap saya yang salah kan. dari awal lagi awak dah berjaya menghasut mereka untuk persalahkan saya. so saya dah tak heran. =)

entri nie memang khas untuk awak. sebab awak saya ada banyak idea nak karang entri nie. terima kasih banyak-banyak awak. awak memang idola saya. nanti tolong ajar saya macam mana nak jadi "talam dua muka" boleh? saya rasa lepas nie saya nak delete awak friend list saya la. sebab awak nie macam sejenis virus.nanti boleh membahayakan saya pulak. heboh pulak pasal saya mengata awak ye. meh sini saya nak story kat awak. tapi mula-mula sekali saya dah tak nak percaya kat sesapa lagi dah sebab semua mulut macam tut je. tak nak cakap nanti blog saya kotor. ok yang tuduhan pasal awak mencuri tu ye. kira sekarang nie awak nak tuduh saya yang mengatakan awak mencuri? kalau tak ada orang bercerita pada saya tak kan lah benda nie boleh timbul. ye tak? tak kan lah saya nie gila sangat nak cakap awak nie pencuri kalau tak da orang yang nak bagitau. saya malas nak cakap sapa orang tu. awak fikir lah sendiri. sebab mesti dari mulut orang yang sama jugak cakap pasal benda nie. betul tak? awak marah & terasa ke bila saya letak status kat facebook pasal taik tu? saya ingat awak nie tak ada perasaan marah. ada rupanya. bagus lah. tu tanda nya awak nie masih manusia normal lah kan. awak tau marah kalau saya letak status yang awak tak berkenan. macam tu jugak lah kat saya. tapi saya tak tunjuk yang saya nie marah. sebab tak nak jadi budak kecik.

pelik kan manusia nie. bila nak tutup kesilapan sendiri boleh nak memburukkan orang lain padahal kesilapan tu datang dari diri sendiri. kalau pasal mencuri tu kenapa awak tak tanye direct pada orang yang bercerita pada saya? mesti ada sebab kenapa dia cakap awak yang curi. takkan lah saya tiba-tiba nak cakap awak macam tu. saya masih waras. owh saya penat buat nukilan khas untuk awak nie. banyak lagi nie tak lepas. jap ek. nak fikir balik ada apa-apa lagi tak yang saya tertinggal. untuk pengetahuan awak, saya hide facebook awak. saya tak suke tengok status awak yang konon nye awak lah yang sangat betul. =)
awak nak cakap saya macam nadia kalau tak nak naik kereta awak blah macam tu je. yup memang saya mengaku saya buat benda yang sama macam mana yang saya cakap pada nadia. awak nak tau apa sebab nye. sebab nye saya memang tak boleh nak tengok muka awak. serious tak boleh langsung. nak bercakap apatah lagi. awak nak cakap saya tak kenang budi awak selama nie. saya berterima kasih lah pada awak sebab banyak tolong saya. tapi saya bukan anak orang kaya yang boleh balas semua budi awak tu. saya dah cuba jadi kawan yang baik untuk awak. tapi awak yang mula kotorkan jalinan persahabatan yang ada.

saya memang tau mesti ada benda yang bukan-bukan akan terkeluar bila dah bergadoh macam nie. saya nak ucapkan syabas pada awak sebab dah berjaya pulaukan saya. tapi saya dah lama belajar untuk jadi seorang yang berhati kering. so, even awak buat apa pun kat saya. saya still boleh senyum. macam awak letak kat facebook awak. awak still boleh senyum. saya pun boleh senyum jugak. ada apa-apa lagi tak yang saya tertinggal? kalau ada tolong ingatkan saya. lama gile saya nak siapkan entri untuk awak. makan masa 2 hari jugak lah. kalau nak diikutkan semua orang sama je. semua pernah mengata each other. tapi tu terpulang pada awak lah sama ada nak terima atau tak. tapi saya tengok awak terima je. just saya je lah yang awak tak boleh terima. tak pe. awak jangan risau. kalau awak menyampah + benci kat saya sekali pun saya tak marah. tak lama lagi kita sama-sama habis study. awak tak payah lah nak mengadap muka saya & macam tu jugak lah sebaliknya. just tahan beberapa bulan je lagi. tak lama. pejam celik dah abis study. cukup lah kot entri khas untuk awak. saya dah larat nak taip. naik juling mata saya. buat entri untuk awak nie macam nak buat assignment je. ok lah. bye. =)

6 comments:

  1. hmmm :(
    kwn2 nape la jd cmni.
    sedih la.
    where is our love friendship...

    ReplyDelete
  2. no comment...dua2 kawan aku...dia kawan aku hang pown kawan aku...x nak belah mana2 k

    ReplyDelete
  3. moral story: hazim idiot..tp xbmkne bole dipijak

    ReplyDelete
  4. spe yang komen nie ek? btw thanx sbb dh sudi nk jengah blog nie. =)

    ReplyDelete