serious hari nie memang penat gile. class dari pagi then direct meeting. lots of work today. meh saya cerita satu persatu kenapa saya penat sangat hari nie. kalau korang rasa bosan nak teruskan baca entri nie it's ok. korang ada hak. =)
pukul 9 pagi dah start class. tapi tak tau la kenapa rasa berat sangat nak mata nie nak bukak. pegi class dengan sedaya upaya untuk menimba ilmu. bagus betul anak en.mat sah nie. =)
class habis around 12.30 sebab en.Pendi lepaskan kiteorg awal. best la en.Pendi. kitaorang sayang en.Pendi lah. habis je class saya, ezza, mira & effa berkejar nak settlekan bil electric kat TNB. berkejar bukan sebab apa sebab ada meeting pukul 2. nak tak nak kena la pegi jugak.
sampai rumah lepak-lepak kejap. jengah-jengah anak Blacky, main-main dengan diaorang then terus pegi join meeting. sampai je kat tempat meeting, diaorang suruh bentangkan pasal event saya. agak terkejut jugak lah sebab tiba-tiba nak kena bentang. nasib baik saya dapat dikecualikan. ye lah saya tak buat apa-apa preparation pun. daripada nanti saya yang malu sendiri better saya buat preparation dulu. so, by tomorrow saya kena submit pembentangan kat Faizal Hizam.
habis je meeting, saya terus ajak effa & ezza pegi balai polis. nak menyerah diri lah. saya ada banyak buat salah. hahaha. tak lah. just nak tau lebih detail je pasal event yang saya nak anjurkan. saya just perlu isikan borang yang kakak polis tu bagi je. submit & tunggu approve dari pihak atasan. nasib baik la senang nak berkomunikasi dengan kakak polis tu. terima kasih kakak polis. =)
habis tu, saya lanjutkan pengembaraan saya ke pejabat tanah. niat hati nak tanya pasal tanah tempat perlumbaan motorcross tapi dapat jawapan yang sia-sia. dari tingkat 1 bilik hujung ke hujung saya jelajah. dapat jawapan yang menghampakan. then terus ke tingkat 3. even tak da lah dapat jawapan yang best tp abang-abang & pakcik-pakcik kat unit teknikal tu bagi kerjasama yang best. wa respect lu la brader.!
destinasi terakhir kami MRCB. saya suka discuss dengan Tuan Hj Halim. Tuan Hj best la. bagi information yang berguna. siap nak join event saya lagi. giler excited. tambah-tambah dia banyak cerita pengalaman dia bila handle event yang macam nie. lagi saya suka dia support saya bila saya nak handle event nie. lepas nie saya nak jadikan dia idola saya lah. =)
hensem pun boleh tahan. =)
saya lagi respect tuan hj lah. tuan haji memang seorang lelaki berkaliber la. ok lah cukup kot setakat nie saya punya bebelan. mesti korang tak larat nak baca lagi kan.
bye. =)
No comments:
Post a Comment