BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 4, 2011

Tak Sihat =(

hye readers. hari nie saya nak share lah dengan korang keadaan & kondisi saya sekarang nie. bukan atas dasar niat nak mintak simpati atau belas kesian dari korang but saja je nak hilangkan rasa sakit yang melanda diri saya dengan story kat korang.

esok atau lusa saya dah kena terbang ke JB sebab nak tolong buat persiapan wedding kakak saya. lagipun saya tak beli lagi baju untuk jadi pengapit. lepas tu nak kena pegi pejabat pendaftaran perniagaan pulak hari khamis. banyak nye keje nak kena buat. nasib baik sponsor dah settle. hari nie pulak saya dah mula tak sihat. hidung dah mula bersin-bersin. tak lupa jugak hidung dah mula berair. dok sok sek sok sek je dari tadi. siap berlawan sedut hingus dengan ezza. sebab sama-sama menghidap virus yang sama.


bila badan tak sihat semua benda yang nak buat mesti terbatas. sampai nak keluar makan pun tak larat. just kirim je kat ezza mintak tolong dia belikan. kepala pulak dah pening-pening lalat. tapi masih lagi gagah nak edit blog & buat entri untuk tatapan korang. petang jap lagi nak kutip duit deposit dari peniaga untuk event saya. hope boleh bangun lah badan saya nie. bila tekak sakit, nak bercakap pun rasa malas. nak telan air liur pun seksa rasanya.

ada kerisauan yang melanda diri saya saat nie sebab surat dari ayahanda tak kunjung jua dari minggu lepas. kalau tak ada surat macam mana saya nak balik awal nak selesaikan perkara yang belum selesai. cepat lah abang posmen post kan surat saya tue. nanti banyak procedure yang saya kena buat utk dapat balik awal. bila badan tak sihat saya rasa entri saya tunggang terbalik. mesti korang baca pun pening kan. saya rasa cukup sampai sini je lah. kalau saya dah sihat nanti saya buat entri baru ok. bye. =)

No comments:

Post a Comment