BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 3, 2011

Terima Kasih Proton Edar =)


terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih.
PROTON EDAR CAWANGAN IPOH.
salam semua & salam satu Malaysia korang. entri kali nie saya nak share dengan korang pasal hari Jumaat & hari Sabtu baru-baru nie. macam nie lah saya nak start entri saya. pagi hari Rabu hari tu saya dapat call dari En.Azmi dari Proton Edar cawangan Kuala Lumpur. agak terkejut juga saya dapat panggilan dari beliau. dia nyatakan yang pihak dia dah pun setuju dengan event Believe anjuran kolej saya untuk memberi sponsor sebanyak RM1000. yang saya sangat tak sangka sebab nie semua atas pertolongan ayahanda tersayang. saya memang tak sangka ayahanda saya sanggup membantu saya. terima kasih abah. =)

setelah dapat persetujuan dari pihak En. Azmi, beliau suruh saya tunggu panggilan dari En.Nasir dari cawangan Ipoh untuk buat penyerahan duit sponsor. then, hari Khamis pagi saya dapat panggilan dari En.Amir pembantu kepada En.Nasir untuk saya berurusan tentang sponsor nie. lepas bergayut dalam 20minit dalam phone dengan En.Amir kitaorang dah buat kesepakatan untuk dating. eh salah lah. kitaorang buat kesepakatan nak jumpa kat office Proton Edar cawangan Ipoh. dengan hati yang sangat riang gembira saya pun mengambil kata sepakat nak pegi dengan partner sponsor untuk event Believe nie iaitu Ezza. korang nak kenal dengan kawan saya nie. sila lah jengah blog dia. nie link dia. =) http://ezzashafferni.blogspot.com/ 

ok bila tiba je hari Jumaat hati saya makin girang lah kan. ye lah nak ambik duit. sapa yang tak suka. kitaorang keluar dari rumah dalam pukul 12.30 then kitaorang isi perut dulu lah. tak kan lah nak pegi jumpa orang besar dengan perut kosong pulak kan. memang tak lah. opss, terlupa pulak saya En.Amir call saya and dia cakap dia masuk office pukul 4. kitaorang tak tau nak buat apa lagi. sampai ipoh dalam pukul 2.30 then straight pegi JJ. kitaorang beli ticket wayang dulu. kitaorang tengok cerita "Just Go With It". serious tak rugi kalau korang tengok. memang best. kelakar, romantic & sedih. semua ada. kitaorang beli ticket pukul 7. dah alang-alang kitaorang ada kat JJ, saya ambik peluang yang ada beli barang make-up saya yang dah habis. tengah syok-syok tengok je jam dah pukul 3.30 padahal ada janji nak jumpa En.Amir pukul 4. kitaorang pun bergegas la pegi balik kat company proton kat menglembu.


sampai ke kat company proton, saya dan Ezza masuk lah dalam office. ada sorang mamat nie boleh tanya kat kitaorang "nak cari keje ke?" mentang-mentang lah saya siap bawak fail & pakai formal. tapi tak pe lah. mybe rezeki saya bakal berada dengan proton kot. insyallah. doa kan saya ok. amin. =)
ok sambung balik. masuk je company proton saya terus berjumpa En.Nasir dulu sebelum jumpa dengan En.Amir. setelah bercakap dua tiga patah dengan En.Nasir, beliau menyerahkan kami kepada En.Amir untuk selesaikan pembayaran yang akan dibuat. kitaorang duduk berbual dan bincang tentang event & macam-macam lagi lah. tapi saya rasa malu gila bila asyik tersasul panggil nama En.Azmi depan En.Amir. ye lah sebab nama diaorang lebih kurang je. memang malu gila lah. terdetik jugak dalam hati kalau-kalau En.Amir batal kan nak bagi duit sponsor untuk event kami sebab kesalahan hodoh yang saya buat. nasib baik dia sangat memahami sebab saya nie student. gemuruh lah jugak nak duduk semeja dengan orang besar. ada yang mengejutkan kami ialah dia nak bagi RM1000 cash depan mata kitaorang. memang terkejut gila lah. kitaorang tak prepare resit pun. tak sangka pun yang dia nak bagi cash. maybe bagi korang RM1000 tue kecik je nilainye. tapi bagi kitaorang sangat-sangat bernilai sebab tue bukan duit kami. so, kitaorang terpaksa tunda untuk penyerahan duit sponsor pada esok. nasib baik lah En.Amir baik orang nye. kalau tak tak tau lah pe yang jadi. dari situ, kitaorang learn from mistake pe yang kitaorang dah buat. dah set kat kepala otak jangan buat kesalahan yang sama in the future ok. =)

balik dari settle dengan En.Amir kitaorang patah balik kat JJ. apa lagi shopping time lah. =)
saya beli beberapa keperluan peribadi saya. memang sangat puas hati. then, saya sempat beli dress untuk anak buah kesayangan saya "Nur Fitri Qaisarah". dah lama nak beli untuk dia tapi tak berkesempatan. so, bila dah ada peluang apa lagi saya beli lah siap dengan reben kepala lagi. boleh lah dia pakai masa kakak saya kawin next week. oh, lupa nak share dengan korang yang saya dapat balik masa wedding kakak saya sebab tarikh untuk event dah ditunda. =)
habis shopping kitaorang tengok wayang cerita yang saya cakap tadi lah. habis tengok wayang kitaorang melantak nasi kandar. memang sedap gila la wey. lama dah kempunan nak makan. then terus balik rumah & tak sabar nak menanti esok sebab nak ambik duit sponsor.

hari Sabtu pun tiba. kitaorang jumpa En.Amir kat Petronas Seri Iskandar je. dengan sepantas kilat dia keluarkan duit RM1000 cash depan mata saya. kitaorang tak ambik masa lama pun. settle keluarkan resit dia terus balik. saya pun bergeas ke bank rakyat untuk bank in duit sponsor. takut nak pegang lama-lama takut hilang. sampai kan tak sempat nak snap picture dengan duit tu. ye lah RM1000 cash kot. akhirnya tamat derita saya, Ezza & Nad dok pening nak cari sponsor. sekali lagi. terima kasih proton. =)

2 comments:

  1. salam awak,
    nama saya ain. saya silent reader blog awak. kebetulan saya dan rakan2 uni sedang menjalankan program autoshow. jadi, appreciate sgt kalau awak dapat provide info en. amir dr proton edar KL. kami sgt memerlukan alamat email atau alamat email division en amir ni. sebab kami dah cuba hantar proposal kat proton tapi xde respon. mungkin alamat email x aktif. kami xpasti..
    jadi mintak sgt jasa baik awak tolong saya dalam hal ni. minta maaf jika saya susahkan awak. boleh email kat saya di nurain.fisol@yahoo.com

    tq :)

    ReplyDelete
  2. thanx ain coz dh sudi jengah blog saya even silent reader pon. sye appreciate sgt. yang saya berkerjasama dengan proton edar nie dari cawangan ipoh menglembu. saya pun hantar proposal agak lama jugak lah baru dapat feedback dri dyeorang. so, saya just berurusan dengan en.amir dari cawangan ipoh je. saya tak ada email dyeorang coz yang hantar proposal bukan saya. dyeorang yang contact saya. so, saya tak berani nak bagi no.phone en.amir kat awak sebab itu p&c. sory ok ain. =)

    ReplyDelete