BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

Pelampung Hidupku

salam semua.
rasanya lama juga saya tak mengupdate blog kesayangan saya ni.
biasalah bila rutin seharian as a student dah bermula,
mesti sibuk mengalahkan perdana menteri.
ish. macam bohong la pulak.
actually takdelah sibuk mengalah mengalahkan PM.
macam-macam keje dalam seminggu.
presentation berlambak-lambak.
nasib baik dapat group yang tau buat keje.
kalau tak haru hidup saya ni.

ok stop pasal study.!
entri kali ni saya nak share dengan you all tentang pelampung hidup.
you all pernah dengar ke pelampung hidup tu apa?
tajuk kepada entri saya kali ni diberikan oleh beliau yang telah menjadi pelampung hidup untuk saya.
mesti pelik kan.
hah..!
tunggu cerita selanjutnya ok.

ish...
tak boleh tahan la kalu tak cerita.
mesti kene cerita jugak.
ok.
cerita nye bermula dari saya di kejutkan dari alam mimpi oleh seorang sahabat sebelah kamar.
dengan mata yang masih berat disebabkan tak tido semalaman hanya kerana untuk menonton cerita korea "Boys Over Flower".
serious best gile cerita nie.
korang tengok la ye.

dah. continue cerita.
jangan meleret-leret pulak.
saya dengan mamai pun bangun dari tido dan menyiapkan perkakas untuk ke tempat yang dituju.
perjalanan yang memakan masa 1jam lebih tu amat membosankan.
dan akhirnya kami semua selamat sampai ke tempat yang dituju.
nak tahu kemana hala tujuan kami??
jeng jeng jeng...


Lata Kijang lah hala tujuan kami.
untuk pertama kali saya menjejakkan kaki ke Lata Kijang setelah hampir 3 tahun saya menetap sementara kt perak nie.
teruk kan saya.
sesampai je kami disana,
sesi pengambaran bermula.
macam-macam ragam kami ni.
tapi nie la best moment yang saya tak boleh nak lupa.
nie la ragam kami bila dapat camera.







ok cukup untuk sesi penggambaran.
kami semua sangat excited untuk menjelajah kawasan berair di Lata Kijang nie.
then, kami pun siap bertukar dan tiba masa untuk terjun..!!
air dia memang tak boleh tahan.
sejuk gile sampai rasa tahap ke tulang.
actually Lata Kijang lagi best dari Ulu Licin yang selama nie saya dan rakan seperjuangan pegi.

rasa macam dah melalut la dari tajuk sebenar entri nie.
ok kita terus ke tajuk asal.
pelampung hidup..!!
rakan seperjuangan sangat menghargai tempat yang kami pegi.
mereka semua pergi mencuba tempat meluncur.
kecuali saya dan asmiza.
kami berdua tak tahu berenang.
malu kan.
tempat meluncur yang saya teringin nak cuba.

dengan rasa nak mencuba peluncur tu,
saya pun telah mengajak mira untuk merasa kedalaman air untuk memudahkan peluncuran saya.
pada awalnya saya masih lagi merasa kaki saya menjejak batu yang ada didalam air.
tapi tak sampai seminit,
saya dah gelabah sebab saya tak dapat menyentuh batu tersebut.
apa lagi saya pun menggelupur macam orang yang kene minyak panas sehingga menyebabkan mira hilang pertimbangan.
akhirnya saya lemas dan juga telah menekan-nekan pelampung hidup saya.
dapat agakkan pelampung hidup saya tu sapa.
so tak perlu lah cerita dengan lebih lanjut.
kesian pada pelampung hidup saya.
gara-gara saya beliau demam.

tapi yang menyakitkan hati,
para kaum adam yang ada bersama kami boleh blur tanpa membuat apa-apa.
saya rasa kalau dalam masa seminit mereka tak menghulurkan bantuan,
mesti wajah saya akan terpampang di muka depan berita harian.
tajuk akhbar tersebut mestilah tentang saya.
takkan tentang orang lain.

"SEORANG PELAJAR KPMSI YANG TIDAK TAHU BERENANG BERANI UNTUK MELUNCUR KE DALAM AIR DAN DIDAPATI TELAH MATI LEMAS"

mungkin itulah tajuk utama untuk akhbar tersebut jika saya mati.

moment yang tak boleh lupa,
saya menangis dengan begitu teruk sekali.
teringat masa lampau ketika saya di darjah 2.
saya lemas hampir seminit tanpa bantuan.
mintak dijauhkan.
saya takut saya waktu tu.

tapi dengan kejadian inilah yang memberi saya kekuatan dan keazaman untuk belajar berenang.

tempat kejadian.

settle kisah pelampung hidup.
lepas ni kalau ada kesempatan nak beli terus pelampung hidup.
hehehe.


No comments:

Post a Comment