"awak, saya rindu sangat-sangat kat awak"
hati saya memberontak untuk pelang semula ke JB..
tapi itu mustahil. (-_-')
housemate sibuk mengemas teratak indah kami,
tapi saya masih lagi berteleku di atas tilam yang dah tak empuk lagi.
malas kan saya nie. (-_-')
housemate saya, efah sedang sibuk menyapu rumah yang dah hampir 2 bulan di tinggalkan.
as pulak sibuk mencuci pinggan mangkuk yang dah berhabuk.
miera, telah keluar bersama kekasih awal & akhir beliau untuk menikmati makan tengah hari bersama.
saya.
hehehe...
seperti yang saya kata kan tadi.
hanya duduk di atas tilam yang dah tak empuk lagi tanpa membantu mereka dan hanya mementingkan blog kesayangan ini. (-_-')
sebenarnya, bukan saya malas.
*nak cover diri sendiri dari kene cop "pemalas" (-_-')
saya tak ada mood nak buat apa-apa sebab saya rindu dia.
saya nak dia.
nak balik JB.
tapi, bila teringat nak balik JB
tiba-tiba teringat kata-kata diri sendiri.
"ingat JB belakang rumah je ke? langkah je dah sampai." (-_-')
ish.
nak buat macam mana lagi.
saya kena teruskan juga tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
mula hari isnin,
saya terpaksa memulakan rutin harian yang wajib.
pegi class,dapat assgmnt, study untuk test (kalau untuk sem nie ada test la)
&&
ulang perkara yang sama sehingga lah semester nie berakhir.
*nape rasa macam lari je dari topik yang sebenar nie??
ish..
kan topik pasal rindu dia.
nape boleh masok topik laen lak nie..
timbul kemusykilan la..
adakah sebab saya tak pandai nak asingkan hal personal dengan study or??
hurm.
entah lah..
malas nak pikir.
dari saya terus melalut yang bukan-bukan
baik saya stop sampai sini je..
No comments:
Post a Comment