BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 14, 2011

Kuat Bebel

salam readers. hari nie saya just nak buat short entri je. tajuk entri hari nie adalah kuat bebel ye murid-murid. kenapa saya pilih tajuk nie mesti ada sebab kan. sebab nya setelah saya bertanya kepada beberapa rakan saya tentang blog saya nie. diaorang bagi comment yang positive. antaranya "boleh tahan lah cantik", "nice", "comel" dan bermaca-macam lagi lah. nanti kalau saya cakap lebih-lebih takot korang cakap saya nie angkat bakul sendiri pulak.

tapi ada jugak comment yang negative dari diaorang. saya terima dengan lapang dada je semua comment tue. comment yang negative dari diaorang semua sama. entri saya panjang sangat. baru saya perasan. memang betul panjang. kalau buat karangan untuk SPM mesti A1 kan. tapi saya tak tau nak buat macam mana. bagi saya kalau entri saya pendek macam tak best. saya tau saya tak boleh nak ikut kehendak sendiri je sebab saya nak share cerita saya semua dengan korang. so, mulai sekarang saya cuba untuk memendekkan entri saya. saya tau readers penat nak baca entri saya. so, saya harap dapat sokongan dari korang semua untuk perubahan yang saya nak buat ok. 

ok cukup. tak boleh nak membebel panjang sangat. nanti jadi panjang berjela pulak entri saya nie. so, saya nak kurangkan bebelan saya yang boleh buat korang bosan. bye. =)

Tuesday, April 12, 2011

Ragam Peniaga

salam readers. serious rindu nak buat entri baru. nak di hati nak buat cerita pasal masa wedding akak saya ari tu. tapi disebabkan banyak gambar yang tak ada dalam simpanan saya, so saya postpone dulu lah entri tu. harap-harap abang cameraman tu boleh bagi secepat mungkin gambar-gambar tu. 

ok dah. sekarang saya nak share dengan korang pasal ragam peniaga yang saya jumpa semalam. saya sampai dari JB pagi isnin. thanx to EZZA SHAFFERNI & MOHAMAD SYAFIQ HANIF coz sudi pick up saya pagi-pagi buta. ( tulisan uppercase tu ezza yang suruh saya buat ).
petang tu saya ada meeting untuk event yang akan berlangsung next week. dok pong pang pong pang dalam DK1, kitaorang pulak plan nak g lumut untuk cari peniaga. kitaorang pun bergegas lah pegi lumut malam tue. mula-mula plan just nak suruh kawan ezza meniaga masa event tu. tapi bila dah sampai kat lumut tue, makin ramai pulak peniaga yang berminat dengan event kitaorang.

tapi bila dah ramai sangat yang berminat, tentu lah banyak masalah yang timbul. ada yang hati kering la. ada yang tak paham bahasa lah. penat den nak nerang kat diaorang. so, the conclusion is kita mesti sabar bila berdepan dengan orang yang macam nie. saya sampai tension gila & sampai tahap nak menangis pun  ada gak bila berdepan dengan diaorang, tapi sabor je la yong. ok lah. bye. =) 

p/s: sebenarnya saya tak ada idea yang bernas nak buat entri. tapi disebabkan tak nak bagi blog saya berlapuk dengan sawang, saya gagah kan juga diri nie untuk buat entri baru demi readers saya yang sangat saya sayang. =)

Monday, April 4, 2011

Tak Sihat =(

hye readers. hari nie saya nak share lah dengan korang keadaan & kondisi saya sekarang nie. bukan atas dasar niat nak mintak simpati atau belas kesian dari korang but saja je nak hilangkan rasa sakit yang melanda diri saya dengan story kat korang.

esok atau lusa saya dah kena terbang ke JB sebab nak tolong buat persiapan wedding kakak saya. lagipun saya tak beli lagi baju untuk jadi pengapit. lepas tu nak kena pegi pejabat pendaftaran perniagaan pulak hari khamis. banyak nye keje nak kena buat. nasib baik sponsor dah settle. hari nie pulak saya dah mula tak sihat. hidung dah mula bersin-bersin. tak lupa jugak hidung dah mula berair. dok sok sek sok sek je dari tadi. siap berlawan sedut hingus dengan ezza. sebab sama-sama menghidap virus yang sama.


bila badan tak sihat semua benda yang nak buat mesti terbatas. sampai nak keluar makan pun tak larat. just kirim je kat ezza mintak tolong dia belikan. kepala pulak dah pening-pening lalat. tapi masih lagi gagah nak edit blog & buat entri untuk tatapan korang. petang jap lagi nak kutip duit deposit dari peniaga untuk event saya. hope boleh bangun lah badan saya nie. bila tekak sakit, nak bercakap pun rasa malas. nak telan air liur pun seksa rasanya.

ada kerisauan yang melanda diri saya saat nie sebab surat dari ayahanda tak kunjung jua dari minggu lepas. kalau tak ada surat macam mana saya nak balik awal nak selesaikan perkara yang belum selesai. cepat lah abang posmen post kan surat saya tue. nanti banyak procedure yang saya kena buat utk dapat balik awal. bila badan tak sihat saya rasa entri saya tunggang terbalik. mesti korang baca pun pening kan. saya rasa cukup sampai sini je lah. kalau saya dah sihat nanti saya buat entri baru ok. bye. =)

Sunday, April 3, 2011

Can't Wait...!

 TO 

salam readers. sekarang dah masuk bulan April kan. so tak sabar rasanya nak menanti ketibaan bulan Mei sebab anniversary saya dengan buah hati yang ke-7 tahun. seriously tak boleh nak tunggu. kalau boleh nak je cepatkan waktu biar tarikh keramat antara kitaorang datang. tapi dah tentu lah tak boleh sebab saya tak ada kuasa nak buat macam tu. kalau ikut pengiraan daisy path yang saya letak kat side bar belah kanan belog saya nie, hubungan yang dah terjalin antara kitaorang 6tahun 10 bulan 2minggu 6hari. detail kan daisy path punye pengiraan. so, kalau ada diantara korang yang belum letak daisy path kat belog korang, sila lah letak. free je. tak bayar pun. tapi kebanyakkan belog yang saya tengok semua dah ada letak. =)

tarikh keramat hubungan yang dah terjalin antara kitaorang sejak dari 14 Mei 2004. lama kan. dari zaman saya masih hodoh, kurus kering sampai lah dah kurang hodoh dan jadi gemuk gedempol macam sekarang. bagus kan buah hati saya jaga saya. dia sayang saya sangat-sangat macam tu jugak lah saya. banyak halangan & cabaran yang kitaorang dah tempuh sama-sama. tak lupa jugak pada family kitaorang yang dah bagi restu dengan hubungan kitaorang.

kurus kan saya time nie. =)

kalau tak silap saya nie time hubungan kitaorang dah cecah 4 tahun kot. =)



macam-macam plan yang kami dah rancang untuk celebrate anniversary kitaorang. antaranya yang kitaorang dah plan. meh saya senaraikan. =)
  • nak pegi genting. nak celebrate nak kat sana. masa CNY tak tido sana pun. just naik sekejap je. so kali nie plan nak tido sana & main semua permainan yang ada.
  • nak lepak kat Melaka. dia cakap nak tengok tempat bersejarah. dalam hati cakap saya dah lah tak minat dengan sejarah. dia boleh pulak ajak lepak sana. so, saya rasa plan yang nie akan jadi plan yang terakhir bila plan yang lain tak jadi. =(
  • just nak celebrate kat JB je & pegi lepak Diva sampai lebam.
  • celebrate dengan shopping gila-gila. dia dah janji nak belanja saya baju, jam, & skirt PDI. yang nie saya mesti tuntut even ada plan lain. sebab dia dah janji. =)
  • plan yang paling bengong dia cakap kat saya sempena anniversary kitaorang nanti dia nak kami duduk kat kerusi bangku kat Tamam Istana then saya tengok dia & dia tengok saya sampai muntah. bengong kan plan dia. =)
nie lah antara plan yang kitaorang dah bincang. hope plan yang first tu menjadi sebab memang nak sangat pegi sana. hari tu pegi tak puas. then plan yang shopping tue mesti jadi sebab saya akan tuntut kat dia sebab dia dah janji. =)
saya berharap jugak hubungan kitaorang nie sampai ke akhir hayat sebab memang tak boleh nak kehilangan dia. semua suka duka kitaorang dah share & lalui. tak nak berpisah. biar ajal je yang pisahkan kami. hope korang doakan hubungan kami nie ye selain dari doa mak bapak kitaorang. amin. =) 

Terima Kasih Proton Edar =)


terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih. terima kasih.
PROTON EDAR CAWANGAN IPOH.
salam semua & salam satu Malaysia korang. entri kali nie saya nak share dengan korang pasal hari Jumaat & hari Sabtu baru-baru nie. macam nie lah saya nak start entri saya. pagi hari Rabu hari tu saya dapat call dari En.Azmi dari Proton Edar cawangan Kuala Lumpur. agak terkejut juga saya dapat panggilan dari beliau. dia nyatakan yang pihak dia dah pun setuju dengan event Believe anjuran kolej saya untuk memberi sponsor sebanyak RM1000. yang saya sangat tak sangka sebab nie semua atas pertolongan ayahanda tersayang. saya memang tak sangka ayahanda saya sanggup membantu saya. terima kasih abah. =)

setelah dapat persetujuan dari pihak En. Azmi, beliau suruh saya tunggu panggilan dari En.Nasir dari cawangan Ipoh untuk buat penyerahan duit sponsor. then, hari Khamis pagi saya dapat panggilan dari En.Amir pembantu kepada En.Nasir untuk saya berurusan tentang sponsor nie. lepas bergayut dalam 20minit dalam phone dengan En.Amir kitaorang dah buat kesepakatan untuk dating. eh salah lah. kitaorang buat kesepakatan nak jumpa kat office Proton Edar cawangan Ipoh. dengan hati yang sangat riang gembira saya pun mengambil kata sepakat nak pegi dengan partner sponsor untuk event Believe nie iaitu Ezza. korang nak kenal dengan kawan saya nie. sila lah jengah blog dia. nie link dia. =) http://ezzashafferni.blogspot.com/ 

ok bila tiba je hari Jumaat hati saya makin girang lah kan. ye lah nak ambik duit. sapa yang tak suka. kitaorang keluar dari rumah dalam pukul 12.30 then kitaorang isi perut dulu lah. tak kan lah nak pegi jumpa orang besar dengan perut kosong pulak kan. memang tak lah. opss, terlupa pulak saya En.Amir call saya and dia cakap dia masuk office pukul 4. kitaorang tak tau nak buat apa lagi. sampai ipoh dalam pukul 2.30 then straight pegi JJ. kitaorang beli ticket wayang dulu. kitaorang tengok cerita "Just Go With It". serious tak rugi kalau korang tengok. memang best. kelakar, romantic & sedih. semua ada. kitaorang beli ticket pukul 7. dah alang-alang kitaorang ada kat JJ, saya ambik peluang yang ada beli barang make-up saya yang dah habis. tengah syok-syok tengok je jam dah pukul 3.30 padahal ada janji nak jumpa En.Amir pukul 4. kitaorang pun bergegas la pegi balik kat company proton kat menglembu.


sampai ke kat company proton, saya dan Ezza masuk lah dalam office. ada sorang mamat nie boleh tanya kat kitaorang "nak cari keje ke?" mentang-mentang lah saya siap bawak fail & pakai formal. tapi tak pe lah. mybe rezeki saya bakal berada dengan proton kot. insyallah. doa kan saya ok. amin. =)
ok sambung balik. masuk je company proton saya terus berjumpa En.Nasir dulu sebelum jumpa dengan En.Amir. setelah bercakap dua tiga patah dengan En.Nasir, beliau menyerahkan kami kepada En.Amir untuk selesaikan pembayaran yang akan dibuat. kitaorang duduk berbual dan bincang tentang event & macam-macam lagi lah. tapi saya rasa malu gila bila asyik tersasul panggil nama En.Azmi depan En.Amir. ye lah sebab nama diaorang lebih kurang je. memang malu gila lah. terdetik jugak dalam hati kalau-kalau En.Amir batal kan nak bagi duit sponsor untuk event kami sebab kesalahan hodoh yang saya buat. nasib baik dia sangat memahami sebab saya nie student. gemuruh lah jugak nak duduk semeja dengan orang besar. ada yang mengejutkan kami ialah dia nak bagi RM1000 cash depan mata kitaorang. memang terkejut gila lah. kitaorang tak prepare resit pun. tak sangka pun yang dia nak bagi cash. maybe bagi korang RM1000 tue kecik je nilainye. tapi bagi kitaorang sangat-sangat bernilai sebab tue bukan duit kami. so, kitaorang terpaksa tunda untuk penyerahan duit sponsor pada esok. nasib baik lah En.Amir baik orang nye. kalau tak tak tau lah pe yang jadi. dari situ, kitaorang learn from mistake pe yang kitaorang dah buat. dah set kat kepala otak jangan buat kesalahan yang sama in the future ok. =)

balik dari settle dengan En.Amir kitaorang patah balik kat JJ. apa lagi shopping time lah. =)
saya beli beberapa keperluan peribadi saya. memang sangat puas hati. then, saya sempat beli dress untuk anak buah kesayangan saya "Nur Fitri Qaisarah". dah lama nak beli untuk dia tapi tak berkesempatan. so, bila dah ada peluang apa lagi saya beli lah siap dengan reben kepala lagi. boleh lah dia pakai masa kakak saya kawin next week. oh, lupa nak share dengan korang yang saya dapat balik masa wedding kakak saya sebab tarikh untuk event dah ditunda. =)
habis shopping kitaorang tengok wayang cerita yang saya cakap tadi lah. habis tengok wayang kitaorang melantak nasi kandar. memang sedap gila la wey. lama dah kempunan nak makan. then terus balik rumah & tak sabar nak menanti esok sebab nak ambik duit sponsor.

hari Sabtu pun tiba. kitaorang jumpa En.Amir kat Petronas Seri Iskandar je. dengan sepantas kilat dia keluarkan duit RM1000 cash depan mata saya. kitaorang tak ambik masa lama pun. settle keluarkan resit dia terus balik. saya pun bergeas ke bank rakyat untuk bank in duit sponsor. takut nak pegang lama-lama takut hilang. sampai kan tak sempat nak snap picture dengan duit tu. ye lah RM1000 cash kot. akhirnya tamat derita saya, Ezza & Nad dok pening nak cari sponsor. sekali lagi. terima kasih proton. =)