salam 1 Malaysia. tengah godeh-godeh FB, dapat gambar yang telah ditagged untuk saya. bila tengok gambar tu rasa nak tergelak pun ada even memang dah berdekak awal-awal. bila saya dapat tengok gambar tu, rasa rindu sangat-sangat. teringin nak kembali pada zaman tu. tapi saya tau semua tu tak mungkin. korang nak tau tak pasal apa. mestilah korang nak tau kan. kalau tak kan lah korang baca entri nie. ye tak. =)
so, hope korang enjoy lah dengan entri saya kali nie.
hati berlonjak-lonjak nak pakai baju sekolah balik. nak nyanyi lagu sekolah bila ada perhimpunan setiap pagi Isnin. kena beratur siap angkat tangan. luruskan barisan. comel sangat-sangat time nie. saya ingat lagi waktu tu saya darjah 5. dapat cikgu matematik yang memang garang gila tahap sampai tak tau nak cakap lah. setiap hari dia mesti bagi latihan suruh buat kat rumah. kalau setakat 10 soalan tak pe lah. nie sampai 100 soalan. memang naya la nak siap kan. lepas tu semua soalan mesti betul jawapan nye. kalau salah 1 kena sekali rotan. cuba kalau korang bayangkan kalau semua soalan salah. tak hancur tangan korang kena sebat. ingat lagi, bila masa nak check buku latihan semua mesti berbaris. dia check buku setiap sorang. oh, lupa pulak nama cikgu saya nie Cikgu Zulkifli Long. memang garang gila. ok sambung cerita tadi. lepas tu, cikgu saya nie siap bagi pilihan lagi. nak rotan besar, sederhana atau halus. kalau ingat balik memang ngeri sebab saya pernah kena rotan dengan dia.
zaman sekolah rendah nie lah zaman saya baru nak kenal cinta monyet. seingat saya masa sekolah dulu saya ada 3 orang boyfriend. cinta monyet lah kata kan. tapi sekarang diaorang dah ada life diaorang sendiri. kalau cerita balik pasal nie mesti kitaorang malu gila beb.
dulu masa sekolah rendah saya rapat dengan 2 orang sahabat saya. kemana saja kitaorang pergi mesti bertiga. korang nak tau sapa diaorang. meh saya tunjukkan.
yang nie nama nya Shafiq. dia kawan saya yang pertama sekali saya kenal masa saya baru-baru masuk sekolah. then kitaorang terus berkawan sampai lah darjah 6.
yang nie pulak nama nya Shilla. saya memang sayang dia gila. dia memang yang gila-gila & tak pernah pandang rendah pada saya even dia ada kelebihan. tu yang buat saya sayang sangat-sangat kat dia.
ok lah. cukup kot entri saya hari nie. meh saya nak share gambar yang nak buat saya gelak bila tengok. gambar masa saya darjah 6. korang pun saya benarkan untuk gelak bersama. enjoy. =)
kalau korang bijak cuba lah cari mana saya. selamat mencuba. =)